Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 19 December 2022

15 DISEMBER 1945 PERARAKAN MENENTANG MALAYAN UNION DI KOTA BHARU KELANTAN

 

15 Disember 1945 – Pada tahun 1945, sekitar 10,000 orang Melayu di bawah anjuran Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan telah mengadakan perarakan menentang Malayan Union Di Kota Bharu.

Perarakan ini diadakan berikutan perjumpaan Sir Harold MacMichael dengan Sultan Kelantan untuk menandatangani Perjanjian Penubuhan Malayan Union yang akan membuka pintu kepada bangsa-bangsa asing dan mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu.

Perarakan tersebut telah menuju ke rumah Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Kelantan untuk menyampaikan bantahan orang Melayu seluruhnya. Hasilnya Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Kelantan bersetuju akan menyampaikan bantahan tersebut kepada Sir Harold MacMichael.

Perarakan tersebut kemudiannya menuju ke Istana Sultan Kelantan dan menyembahkan bantahan penubuhan Malayan Union kepada Baginda Sultan Kelantan dan diperkenankan.

Sesungguhnya hari ini dalam tahun 1945, adalah satu tarikh bersejarah bagi orang-orang Melayu Kelantan dalam usaha menentang dasar penjajahan Inggeris.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

01 DISEMBER 1946 MAJLIS PELANTIKAN GABENOR JENERAL MALAYAN UNION


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...