Pada hari ini dalam tahun 1891, meletusnya insiden Semantan yang membabitkan Dato’ Bahaman dan Inggeris. Insiden tersebut merupakan kemuncak kepada rasa ketidakpuasan hati Dato’ Bahaman dan pengikut-pengikutnya terhadap campur tangan Inggeris di Pahang. Pihak Inggeris mengusulkan kepada Sultan supaya memecat Dato’ Bahaman dan menidakkan kedudukannya sebagai Orang Besar Delapan. Pemecatan Dato’ Bahaman menyebabkan beliau hilang kuasa memungut cukai tradisi di daerahnya namun Dato’ Bahaman tetap meneruskan amalan tersebut.
Tindakan beliau ini membangkitkan kemarahan pihak Inggeris. Pihak Inggeris yang tidak berputus asa untuk menyekat tindakan Dato’ Bahaman, membuat tangkapan terhadap tiga orang pengikut Dato’ Bahaman atas tuduhan mengumpul hasil hutan tanpa kebenaran dan tidak membayar cukai. Peristiwa Semantan tercetus apabila pegawai-pegawai Inggeris yang melakukan tangkapan tersebut, diserang orang Dato’ Bahaman dan pengikutnya ketika sedang mudik di Sungai Semantan.
Sumber : Arkib Negara Malaysia
No comments:
Post a Comment