Pada hari ini dalam tahun 1881, Tengku Zainal Abidin Muazzam Shah, ditabalkan dengan rasminya sebagai Sultan Terengganu Yang Kesebelas dan bergelar Sultan Zainal Abidin III.
Pertabalan ini dilakukan untuk menggantikan ayahanda baginda Almarhum Sultan Ahmad Shah II. Pertabalan baginda ini berdasarkan pemilihan yang dibuat oleh Jemaah Mesyuarat Menteri yang terdiri dari Menteri Besar, Sayyid Abdullah, Sayyid Zain, Sayyid Abdul Rahman dan beberapa orang menteri yang lain. Setelah baginda menjadi Sultan, baginda membuat beberapa perubahan bertujuan mewujudkan kestabilan politik di negeri Terengganu.
Baginda telah membahagikan negeri Terengganu kepada beberapa daerah dan setiap daerah dijaga dan diperintah oleh saudara-saudara dan kerabat-kerabat Diraja. Baginda juga memberi perhatian terhadap penubuhan pejabat-pejabat kerajaan antaranya :
- Pejabat Mahatinggi,
- Pejabat Setiausaha Kerajaan,
- Pejabat Khazanah dan
- Pejabat Syahbandar.
#hariinidalamsejarah
Pautan artikel menarik yang lain :-
No comments:
Post a Comment