Pada hari ini dalam tahun 1964, Malaysia dan Switzerland telah menandatangani satu Perjanjian Pengangkutan Udara. Pihak Malaysia diwakili oleh Dato' Sardon Jubir. Manakala Konsul Switzerland di Malaysia En.Jimmy Martim menandatangani perjanjian itu bagi pihak negaranya.
Antara perkara penting yang dipersetujui dalam perjanjian yang mengandungi 19 artikel itu ialah :
- Kedua-dua pihak memberi kebenaran kepada satu sama lain untuk membuat laluan penerbangan dan pendaratan perkhidmatan udara di tempat-tempat yang telah ditetapkan dalam perjanjian.
- Apabila kedua-dua pihak menjalankan perkhidmatan udara antarabangsa, kedua-dua pihak :
- Mendapat kebenaran melalui ruang angkasa antara satu sama lain walaupun tidak bertujuan untuk mendarat.
- Mendapat kebenaran mendarat dan membuat penerbangan dari tempat-tempat yang ditetapkan dalam perjanjian ini bagi perkhidmatan penerbangan, penumpang, cargo dan mel.
- Kebenaran bagi kedua-dua pihak singgah berhenti untuk tujuan-tujuan bukan lalulintas (non-traffic purpose).
Perjanjian Pengangkutan Udara di antara Malaysia dan Switzerland adalah bertujuan untuk memperkembangkan lagi kerjasama antarabangsa di dalam perkhidmatan pengangkutan udara di antara Malaysia dengan negara-negara luar. Dengan perjanjian itu Malaysia diharap dapat maju setapak lagi di dalam bidang perkhidmatan pengangkutan udara antarabangsa.
Sumber : Arkib Negara Malaysia
Pautan artikel lain :-
No comments:
Post a Comment