Pada hari ini dalam tahun 1993, Nordin Hassan, Penulis dan Pengarah Drama Teater, telah menerima Anugerah Sastera Negara. Beliau menerima wang tunai sebanyak RM30,000, sijil penghargaan dan sepasang persalinan lengkap baju Melayu kain songket. Beliau juga diberi kemudahan perubatan percuma dalam wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan. Nordin yang pernah memenangi SEA Write Award daripada kerajaan Thailand pada tahun 1987, turut bergiat dalam bidang teater sejak 1953.
Antara dramanya yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ialah Tiang Seri Tegak Berlima, Anak Tanjung, Jangan Bunuh Rama-rama dan Cindai. Sesungguhnya, penganugerahan Sasterawan Negara kepada Nordin Hassan telah menjadi sumber inspirasi kepada sasterawan-sasterawan yang lain untuk lebih bersemangat menyumbang bakti kepada negara.
Sumber : Arkib Negara Malaysia
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment