Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 23 December 2022

𝑺𝑼𝑳𝑻𝑨𝑵 𝑨𝑩𝑫𝑼𝑳 𝑯𝑨𝑴𝑰𝑫

𝑺𝑼𝑳𝑻𝑨𝑵 𝑨𝑩𝑫𝑼𝑳 𝑯𝑨𝑴𝑰𝑫

Hidup peribadi Sultan Hamid diceritakan dalam buku Datuk James F. Augustine, "Kenangan Masa Lampau Kedah". Walaupun Sultan Hamid menjadi seorang penyendiri pada tahun-tahun akhirnya, baginda masih sedar akan apa-apa yang berlaku. Baginda seorang Islam yang warak, dan selalu dilihat berjalan-jalan atau duduk di dalam lanca yang ditarik oleh pengiringnya bedekatan Istana Kampung Bahru pada setiap pagi. Baginda kadang-kadang berjalan di hadapan lancanya semasa berdoa dengan membilang buah tasbih.

Makanan Sultan Hamid disediakan oleh seorang tukang masa Cina dan baginda tidak makan banyak. Baginda cemerlang dalam permainan biliard dan bermain hampir setiap hari di dalam bilik biliard peribadinya. Kecuali ketika baginda pergi ke masjid untuk sembahyang fardhu Jumaat atau untuk berjalan-jalan dengan kereta Victoria yang kemudian diganti oleh Rolls Royce berwarna kuning, baginda jarang muncul di khalayak ramai.

Sebagai kebiasaan, ahli-ahli kerabat diraja dan pegawai-pegawai kerajaan kanan akan mengunjungi Sultan Hamid pada Hari Raya di Istana Kampung Bahru. Pelawat-pelawat akan disambut di bilik tamu di tingkat atas. Ketika menunggu kemunculan Sultan, cerut akan dibahagi-bahagikan dan sapu tangan dipercikkan dengan minyak wangi. Sultan Hamid tidak banyak bertitah pada masa-masa seperti itu dan tidak lama kemudian, baginda akan berangkat.

Pada petang hari keputeraan Sultan Hamid, sebuah majlis akan diadakan di kawasan Istana. Baginda akan menghadiri majlis ini dan berjalan-jalan dengan diiringi oleh sekaki payung kuning. Tanda kebesaran kerajaan ini menimbulkan satu peristiwa ketika Kelab Gymkhana Kedah mengadakan mesyuarat pertamanya di Alor Star. Sultan Iskandar dari Perak sedang berjalan-jalan di halaman dengan payung dirajanya ketika Sultan Abdul Hamid muncul tanpa disangka. Sultan Hamid telah turun dari petak diraja untuk berjalan-jalan diiringi oleh payungnya. Sultan Iskandar dengan segara memerintah pembawa payungnya untuk menutup payung. Ini merupakan contoh yang ketara tentang sopan-santun dan protokol.

𝑷𝑬𝑴𝑬𝑹𝑰𝑵𝑻𝑨𝑯𝑨𝑵 𝑩𝑨𝑮𝑰𝑵𝑫𝑨

Kedah merupakan satu negeri lindungan Siam dan pihak British mempunyai tapak di Pulau Pinang dan beberapa bahagian di tanah besar yang bersebelahan pada tahun-tahun akhir abad ke-19. Oleh itu, ketika Sultan Hamid naik takhta pada tahun 1882 pada umur 19 apabila abangnya Zainul Rashid mangkat, baginda berada dalam keadaan yang tidak menyenangkan disebabkan dikehendaki menghadapi dua kuasa asing, setiapnya dengan niat masing-masing. Pertabalan baginda disahkan oleh Raja Chulalongkorn, sebagai Yang Di-Pertuan pada 21 Januari 1882. Sultan Hamid mempunyai hubungan yang mesra dengan Raja itu, tetapi kenyataan politik antarabangsanya penuh dengan kepayahan, dan ini diketahui Sultan Hamid tidak lama kemudian.

Pada tahun 1895, Raja Chulalongkorn menganugerahkan Sultan dengan Darjah Kebesaran Gajah Putih Kelas Pertama dengan gelaran Chao Phya Saiburi dan kemudiannya gelaran tambahan Phya Riddisongkram Ramabhakti. Raja Chulalongkorn juga menghantar dua orang anak lelaki Sultan Hamid ke Eropah untuk melanjutkan pendidikan mereka. Tunku Yusuf kemudian berkhidmat kepada Raja Chulalongkorn ketika kepulangannya, dan Tunku Badlishah tinggal di Siam untuk satu tempoh yang singkat selepas memperoleh ijazah ekonominya daripada Universiti Oxford.

Hubungan yang baik dipeliharakan antara kedua-dua negera, dengan Kedah menghadiahkan ufti dalam bentuk "Bunga Emas dan Perak" setiap tiga tahun kepada Istana Siam di Bangkok sebagai tanda pertuanan Siam. Sehingga kemangkatannya pada tahun 1910, Raja Chulalongkorn menunjukkan kasih sayang terhadap Sultan Hamid dan sangat menghormati baginda.

Sultan Hamid membuat empat lawatan ke Siam pada tahun 1890, 1892, 1895 dan 1903. Sebaliknya, Raja Chulalongkorn melawat Kedah pada tahun 1874, 1890, 1896 dan 1904. Bagaimanapun, menurut himpunan surat Sultan Hamid, Raja Chulalongkorn hanya membuat satu lawatan ke Kedah pada tahun 1890.

Dari masa naik takhta Sultan Hamid pada tahun 1882 sehingga 1905, Siam tidak campur tangan dalam pentadbiran dalam negeri baginda. Bagaimanapun, negeri Kedah mengalami krisis kewangan (antaranya akibat perkahwinan putera baginda Raja Muda Tunku Ibrahim selama 3 hari dan pinjaman ceti) pada tahun 1905, dan terpaksa meminjam wang sebanyak $2,500,000 daripada Siam. Pinjaman diberikan dengan syarat bahawa seorang Penasihat Kewangan dari istana Siam diterima oleh Kedah, dan sebuah Majlis Negeri ditubuhkan untuk membantu Sultan dalam pentadbiran semua hal ehwal awam. Pinjaman itu sebenarnya daripada Negeri-Negeri Selat, dan penasihat kewangan tersebut ialah seorang British bernama WJF Williamson.

Ini menyebabkan pengisytiharan sebuah perlembagaan yang baru pada 29 Julai 1905. Pada tahun-tahun yang berikut, pentadbiran negeri dikendalikan oleh Majlis Negeri yang diketuai oleh Pemangku Raja Tunku Abdul Aziz (1905-1907), adik Sultan, dan kemudiannya oleh lagi seorang adik, Tunku Mahmud (1907-1914), diikuti oleh anak-anak baginda, Tunku Ibrahim (1914-1934) dan Tunku Badlishah (1937-1943). Penubuhan Majlis Negeri bermakna bahawa kuasa Sultan disekat.

Pada tahun 1909, sebagai satu langkah strategi untuk melindungi kemerdekaan Siam daripada kuasa-kuasa asing yang terbesar (British dan Perancis), Raja Chulalongkorn memeterai satu perjanjian yang memindahkan hak ketuanan Siam terhadap negeri-negeri Melayu di utara, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Britain. Ini dilaksanakan tanpa sebarang persetujuan daripada sultan-sultan Melayu. Perbuatan ini melukai hati Sultan Hamid, dan baginda didengar bertitah: "Beta boleh mengampunkan pembeli tetapi beta tidak boleh mengampunkan penjual".

Namun pada tahun 1910, baginda masih lagi menghantar bunga emas kepada Siam seperti biasa. Pada tahun itu juga baginda menghantar dua pokok bunga emas kepada Raja Edward VII di London sebagai tanda persahabatan.

𝑨𝒍 𝑭𝒂𝒕𝒊𝒉𝒂𝒉
C&P: Shahir Fitri


-------------------------------------------------------


Replika Pintu Gerbang

Pintu gerbang Kota Tengah yang pernah wujud di Alor Setar,  Kedah suatu masa dahulu. Di dalam kota inilah terletaknya Istana milik Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah dari 1882 - 1934 Masihi).

Kota Tengah dan pintu gerbangnya yang mempunyai ukiran yang unik dan indah ini telah dirobohkan oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk membina bangunan Wisma Negeri Kedah pada tahun 1960-1970.

Sayangnya, andai saja tidak dirobohkan pasti masih berdiri kukuh dan dapat menjadi tatapan buat generasi kini, untuk seni ukiran dan binaan Orang Melayu Kedah suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun Kerajaan Kedah membina kembali Replika Pintu Gerbang ini berhampiran dengan Balai Adat dan Menara Alor Setar. Wisma Negeri Kedah yang terletaknya di sebelah bangunan Balai Besar, Alor Star, merupakan nadi pentadbiran kerajaan Negeri Kedah pada suatu masa dahulu. 

Perasmian bangunan itu telah disempurnakan pada 11 Syawal 1393 bersamaan 8 September 1973 oleh D.Y.T.M. Tuanku Haji Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah, Pemangku Sultan Kedah pada waktu itu. Lokasinya terletak berhampiran Balai Besar dan terletak di dalam kawasan Medan Bandar.

#TengkuDaengMawelle

Gambar penuh di sini :-




Rekod & Sejarah : 
Sumbangan 20K Sultan Kedah Biayai Kapal Terbang kepada Great Britain - 1916.

Deskripsi :

Rekod Bertulis Transliterasi Warkah Regent of Kedah wakil kepada Sultan Abdul Hamid membuktikan Kedah antara Negeri Melayu yang terawal menghulurkan sumbangan kewangan sebanyak 20K Pound kepada Kerajaaan Great Britain dalam Perang Dunia Pertama di Eropah.

Manakala surat balas Terima Kasih dari wakil His Majesty Great Britain, Gabenor Sir Arthur Young Negeri-negeri Selat merangkap High Commissioner Negeri-negeri Melayu & Brunei mengesahkan penerimaannya. 

Bersambung.

Rujukan : OFA, Arkib Negara Malaysia. #IzmalKarim


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

16 JUN 1905 PERJANJIAN PINJAMAN WANG KEDAH-SIAM

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...