Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 25 December 2022

21 DISEMBER 1891 PEMBERONTAKAN PAHANG

Pada hari ini dalam tahun 1891, Residen Pahang W.P. Rodger telah menerima berita mengenai serangan oleh kumpulan penentang Inggeris ke atas pasukan polis yang dihantar ke Lubuk Terua. Serangan ini merupakan permulaan berlakunya kekacauan di daerah Semantan yang akhirnya merebak menjadi satu pertempuran besar dikenali dengan 'Pemberontakan Pahang'. 

Pemberontakan ini diketuai oleh Dato' Bahaman bekas Orang Kaya Indera Pahlawan Semantan. Serangan ke atas anggota-anggota polis dan Balai Polis Lubuk Terua dibuat setelah tiga orang pengikut Dato' Bahaman ditangkap oleh Inggeris atas tuduhan mengumpulkan hasil hutan tanpa kebenaran. Apabila Residen Rodger menerima berita mengenai serangan ini, Inggeris pun mula mengatur gerakan menghapuskan pengikut Dato' Bahaman. Sepasukan anggota polis dari Kuala Kubu yang terdiri dari sepuluh orang polis Melayu dan dua puluh lima orang Sikh, diketuai oleh Kapten Syers telah dikejarkan ke Pahang. 

Bantuan juga diperolehi dari Selangor dan lain-lain tempat. Sesungguhnya Inggeris telah menggunakan kesempatan ini untuk menumpaskan pengaruh Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya dari merebak ke.kawasan- kawasan lain, di samping melemahkan kegiatan menentang penjajahan di kalangan orang-orang tempatan.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

17 DISEMBER 1891 PUNCA MELETUSNYA PERISTIWA SEMANTAN DI PAHANG


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...