Pada hari ini dalam tahun 2001, Galeri Tun Ismail Mohamed Ali dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri di Kuala Lumpur. Allahyarham Tun Ismail merupakan rakyat Malaysia pertama memegang jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia dan Gabenor Bank Pusat Asia yang paling lama berkhidmat. Allahyarham juga Pengerusi Pertama Permodalan Nasional Berhad (PNB) sejak ditubuhkan dan menjadi penasihat PNB pada Oktober 1996 sehingga beliau kembali ke rahmatullah pada 6 Julai 1998.
Sebagai mengenang jasa dan sumbangan Allahyarham, Galeri PNB dinamakan Galeri Tun Ismail Mohamed Ali. Perdana Menteri dalam ucapannya menyatakan,
"Allahyarham merupakan contoh seorang Bumiputera yang berjaya menguasai ilmu kewangan dan ekonomi serta diiktiraf sebagai pakar pengurusan kewangan bukan sahaja di negara ini malah di peringkat dunia. Galeri ini mempamerkan ketokohan Allahyarham dalam bidang ekonomi, kewangan dan pelaburan yang boleh dijadikan rujukan oleh generasi masa kini".
Sumber : Arkib Negara Malaysia
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment