Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 23 December 2022

KEJATUHAN MONOPOLI PASARAN BERAS DI KEDAH


KEJATUHAN MONOPOLI PASARAN BERAS DI KEDAH 

Monopoli orang Cina didalam perniagaan beras bermula sejak 1880 sehingga 1941 selama 3 generasi. Dalam tempoh ini cuma 5 buah syarikat Melayu daripada 38 buah syarikat beras di Kedah. Bakinya dimiliki orang Cina. 

Dalam tempoh ini, Kedah mencatatkan keuntungan dengan penjualan beras tetapi petani Melayu kekal miskin kerana sekadar bertani sahaja. Beras dari Kedah dibawa ke Pulau Pinang dan dijual ke wilayah lain sekitar asia tenggara. Cukai padi berada di tangga ke-2 tertinggi selepas cukai candu yang berada di tempat pertama. Ini beerti perdagangan beras sebenarnya sangat menguntungkan.

Kejatuhan ekonomi perdagangan beras bermula pada tahun 1941, bukan kerana rakyat sekitar asia tenggara menukar selera makan spagetti sos Karbonara. Tetapi kerana Jepun menyerang Kedah sekaligus menjatuhkan semua kapitalis beras.

Serangan Jepun bukan sahaja menjatuhkan ekonomi kapitalis Cina bahkan kesemua hasil padi di Kedah tidak dapat dijual. Selain itu pihak Jepun juga kerapkali mengganggu dan merampas hasil tanaman dan menyebabkan bekalan beras berkurangan. Namun hikmahnya disini ialah urusniaga penjualan beras telah menjadi neutral dan tidak lagi dimonopoli mana-mana pihak.

Namun kita harus akui, tanpa komitmen masyarakat Cina, mungkin beras Kedah hanya dijual sekitar semenanjung sahaja. Ini kerana kemahiran meniaga orang Melayu pada waktu itu masih bersifat tradisional.

Rujukan  Wo Xiao An - Chinese Business in The Making of Malay State & Histourism - History & Tourism


Pautan artikel lain :-

19 NOVEMBER 1973 PERASMIAN MESYUARAT PERTAMA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...