Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 1 April 2026

"SAYA ULAAANGG!!!"

01 APRIL 2026

 

SAYA ULAAANGG!!! 

Nasib baik dulu DSAI melalak. Nasib baik dulu DSAI cakap dia ada formula. Nasib baik DSAI berdebat dengan Ahmad Shabery Chik. Nasib baik DSAI nak sangat jadi PM.

Sekarang orang troll PMX. Tayang balik video lama cakap nak turunkan harga minyak. Mereka kata, padan muka. Dulu kau balun Najib. Nah, sekarang rasakan. 

Hahaaa.. 

Bagi saya, baguslah. Sekarang bila DSAI jadi PM, melalui subsidi bersasar kita dapat jimatkan lebih kurang RM15 bilion setahun daripada tiris. Sedangkan selama berpuluh tahun dulu, entah berapa ratus bilion ringgit ruyup disebat penyeludup dan warga asing.

Pemimpin dan pemerintah sebelum ini tiada seorang pun yang berani buat subsidi bersasar. Kenapa? Sebab nak popular. Takut rakyat marah. Takut peniaga marah. Sebab tak tau formula cara nak buat. Sebab sokongan politik lebih diutamakan daripada kepentingan negara.

Bayangkan berapa banyak keperluan rakyat dapat disediakan daripada beratus-ratus bilion yang ruyup di tangan penyeludup dan warga asing tadi.

Untuk menampungnya, kita buat hutang setiap tahun. Kena bayar balik. Adoiii lah haiii.

Tapi sekarang, penyeludup mati kutu. Warga asing telan air liur. Berbilion yang dulu tiris kini dapat digunakan untuk kebajikan rakyat.

Saya ulaaaaaangg...

Haha... itulah. Dulu masa hutang negara masih sedikit, kenderaan di jalan kira-kira separuh daripada yang ada sekarang, keuntungan dan kondisi sangat sesuai untuk turunkan harga minyak, korang taknak DSAI jadi PM. Korang kutuk dia PM tepi. Kalau tidak, dah lama kita dapat uruskan minyak dengan efisen. Kalau tak, dah lama kita dapat skim Budi & tak berlaku minyak ruyup disebat penyeludup. 

Itulah untungnya ada PM yang berani, yang ada formula, yang tidak takut lakukan sesuatu yang baik untuk negara walaupun tak popular.

Tak percaya?

Lihatlah sekarang. Ketika banyak negara lain terpaksa mencatu petrol dan diesel, harga naik macam roket, rakyat terpaksa berjalan kaki ke tempat kerja, beratur berjam-jam dan bergaduh untuk membeli bahan api, tahap darurat... tapi Malaysia terus steady. Budi95 masih kekal. 

Negara lain pun kagum dan cemburu dengan kita. 

Itulah... dulu tak mau angkat DSAI jadi PM. Adan uke.

Saya ulaaaanggggg!!!

https://www.facebook.com/share/1DVEywdMKH/

--------------------------------------------------------------


ANWAR DERANGEMENT SYNDROME

Semalam (27 Mac 2029), Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa mulai April depan, kuota untuk Budi Madani RON95 akan dikurangkan daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan. Ini kerana berlakunya konflik di Asia Barat, dan dijangka Amerika Syarikat akan menghantar tentera kerana lran enggan tunduk kepada ego Toddler In Chief, Donald Trump.

Respon cytro-cytro PN ialah cuba 'astroturf' pandangan rakyat dan komen beramai-ramai kononnya dia sebagai rakyat marhein 'menyesal undi Anwar dalam PRU lepas dan akan undi PN pada pilihan raya akan datang'. Padahal dari dulu lagi dalam media sosial memang kerjanya maki Anwar.

Dan tiba-tiba macam bercambah akaun media sosial pro-PN yang buat 'outrage', tapi followers 1, 2 dan paling tinggi pun 20 je. Kat situ je orang dah boleh hidu sama ada akaun tu bot atau fake account baru nak buat.

Lepas tu mengamuk dan maki hamun dan bila orang tegur dengan fakta dan data, dia panggil kita walanon.

Ada sorang tu viral—dia buat video kat TikTok, mengamuk sebab harga RON95 naik ke RM3.27, lepas tu dia terlepas cakap yang dia tak ada lesen. Orang maki dia kat situ kenapa tak buat lesen, lepas tu dia buat video kedua dan kata dia ni seorang asnaf yang miskin. Kemudiannya kantoi video dia sedang berjoget dugem kat clubbing dengan awek. Bila kantoi, dia kata 'aku tak kata aku asnaf, aku kata anaf' (whatever lah) dan kata semua orang yang percaya video dia mengaruk kat stesen minyak tu semuanya 'pembaris'. Pi cari kat TikTok dan Threads. Viral mamat tu. 

Orang macam ni ke korang ambik jadi cytro? Budak rempit tak habis SPM mana la yang kau kutip untuk buat propaganda politik macam ni? 

Ada satu lagi pula, dia cakap dia faham je keadaan geopolitik sekarang tapi nak ambil kesempatan untuk troll Anwar sebab pada tahun 2008 dulu, Anwar kata dia boleh turunkan harga kalau dia jadi Perdana Menteri. Bila disiasat, dia tak sokong UMNO tapi PAS, yang merupakan sebahagian daripada Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar masa tu. Sukacita aku ingatkan bahawa PAS telah menjadi walanon selama 18 tahun sebab dari 1998 sampai 2004 dalam Barisan Alternatif, 2004-2008 semua lay low sebab Pak Lah kuat sangat dan 2008-2015 dalam Pakatan Rakyat. Jangan pernah lupa fakta ini. Dulu yang julang poster Anwar masa demo 98 tu pun orang PAS. Yang turun Bersih tu pun orang PAS. Janganlah lupa itu. 

Kadang-kadang bila ada orang-orang PAS yang suka panggil penyokong UMNO ni UMDAP ni aku suka je bagi gambar penyokong PAS kibar bendera DAP masa PRU12 dulu agar mereka tidak melupakan sejarah. Kau boleh kata Anwar Ibrahim ni tak sedar diri dan kacang lupakan kulit sebab dia lupa jasa PAS pada dia masa 98 dulu, tapi PAS pun jangan lupa yang mereka juga pernah jadi walanon. 

Tapi aku bukan nak kecam sangat PAS ni. Kerajaan Madani ni pun at best, mediocre je. Tak cemerlang pun. Tapi dalam keadaan kerajaan yang mid macam ni pun mereka tak boleh jadi pembangkang yang baik.

Orang macam Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman bidas tulisan KJ dengan kata bahawa PN tidak mahu guna cara KJ sebab PAS guna cara yang lebih 'politik matang'. Tapi apa yang aku nampak, tak matang langsung cara cytro PAS di media sosial sebaliknya apa yang aku nampak, mereka ini sedang dilanda penyakit Anwar Derangement Syndrome.

Derangement Syndrome ni adalah satu penyakit mental yang mana semua benda nak salahkan seseorang itu, sehingga sampai ke tahap tak sihat secara psikologi. Burung berak atas kepala kau salahkan orang tu. Tayar pancit kau salahkan orang tu, kena saman polis pun kau salahkan orang tu. Lupa bawak kunci rumah bila keluar pun kau salahkan orang tu. 

Bermula dengan istilah Bush Derangement Syndrome masa Perang Iraq 2003 dulu, bila penyokong-penyokong Demokrat semua benda nak salahkan Bush masa tu.

Kemudiannya masa era Obama, ada Obama Derangement Syndrome. Yang ni penyokong-penyokong Republikan tuduh Obama ni Muslim komunis nak rampas kuasa dari dalam dan cuba nak sosialiskan Amerika. Dan kemudiannya bila Trump jadi Presiden, Trump Derangement Syndrome pula.

Di Malaysia pun dulu ada Mahathir Derangement Syndrome, kemudiannya era Pak Lah ada Khairy Derangement Syndrome (especially kalau bukak blog Khairy Chronicles), lepas tu Najib Derangement Syndrome, dan kemudiannya sekarang ada Anwar Derangement Syndrome.

Kalau nak main naratif yang Anwar ni pemimpin yang lemah, tak boleh kerap sangat macam setiap hari kau nak cakap tentang tu. Aku akui yang aku tak suka Mahathir tapi tak adalah setiap hari aku nak cakap pasal betapa bencinya aku terhadap Mahathir. Dia kalau sekali sekala kutuk tu, biasalah—tapi kalau setiap seminit kau sumpah seranah orang tu, yang tu masalah mental tu.

Sebenarnya ada je cara kau nak bina naratif. Bukan cara macam ni nak bina naratif. Cara macam ni hanya akan buat penyokong kuat kau sahaja yang sambut, tapi golongan neutral dan normies yang takdelah into politics sangat rasa kau ni sakit otak, dan terus decide nak undi parti yang kau lawan sebab dia nak tengok reaksi kau bila kau kalah.

Contohnya, apabila kau dah boleh jangka yang cytro PH akan guna buah geopolitik sebagai defense mechanism, kau janganlah menyalak macam orang takde akal. Kau gunakanlah juga buah geopolitik sebagai striking point kau. Buat research sikit sebelum buat counter attack. 

Aku bagi contoh, kau boleh kritik pentadbiran Anwar tentang kenapa kerajaannya tak buat stok penimbal yang lebih banyak sebelum perang bermula? Untuk orang yang biasa-biasa yang tak kerja kat Wisma Putra macam aku ni pun dah nampak lran dan Isnotreal ni akan berperang sejak 2024 lagi. Orang yang follow tulisan aku, dah baca sejak peristiwa tiba-tiba Presiden Iran Ebrahim Raisi jatuh helikopter masa tu, dah tahu tu kerja agen Mossad.

Kalau aku Perdana Menteri, aku dah boleh dapat info yang Teluk Parsi akan bergolak dalam masa akan datang. Masa harga minyak dalam lingkungan $70-80 tu, kemudiannya masa 2025 turun ke $65 tu, dah boleh beli pelan-pelan sebelum harga melambung naik.

Atau kenapa tak diversify dengan beli minyak dengan negara macam Nigeria, Angola, Mexico atau Guyana? Atau kritik program biodiesel negara, kenapa progresnya lambat? Kenapa teknologi renewable energy kita tak ke tahap yang boleh buat kita bersedia berdepan dengan krisis tenaga? Aku bagi contoh je beberapa yang aku boleh fikir ni. Walaupun mungkin akan ada counter argument daripada cytro PH yang boleh counter hujah kau, tapi at least nampaklah bijak sikit pembangkangan kau tu. Barulah boleh Syahir Sulaiman kata 'politik matang yang berprinsip tanpa mengamalkan budaya agresif, hasutan dan fitnah'.

Ya aku faham tugas cytro ni ialah untuk jadi troll—tapi troll ni takkan jadi naratif yang baik kalau kau jadi deranged. Kau akan hanya dilihat sebagai orang yang suka meroyan pasal Anwar. 

Kalau kau benar-benar bersedia nak jadi kerajaan, kau kena dilihat boleh jadi pembangkang yang elok. Ini jadi pembangkang pun cempera, macam mana nak jadi kerajaan yang elok?

Kita boleh menunggang kemarahan orang bila harga minyak naik, tapi sampai bila? Dulu pun masa zaman Pak Lah harga minyak naik pun, tak berjaya pun pembangkang ubah kerajaan bila mereka tunggang isu minyak naik ni.

Kalau betul cytro PAS amalkan politik matang macam Syahir Bachok cakap, kurangkanlah maki-maki macam orang takde pedoman. Bak kata Sun Tzu, "tahu bila boleh lawan, bila tak boleh lawan". Sure masa ni memang titik kelemahan kerajaan Madani dan Anwar, tapi Sun Tzu juga cakap, "know your enemy and know yourself". Carilah cytro yang betul-betul berbakat, bukannya influencer rempit yang entah mana-mana kau kutip. Cari yang ada knowledge, bukan sekadar followers ramai je. 

Akhirnya, troll hanya boleh buat orang ketawa kejap atas satu status, tapi naratif—kau boleh pengaruh orang kalau kau pandai mengolahnya.

Tapi kalau kepala cytro PN pun Tun Faisal, hmm...payahlah. Aduhhh, nama je alumni USM, tapi stratcom hancur.



Sebenarnya PAS la OG walanon. Sejak 1998 dulu kot dorang yang usung poster Anwar Ibrahim mata lebam. Masa Barisan Alternatif, masa Pakatan Rakyat. Bila dah kena game lepas Langkah Kajang baru nak rasa tersakiti. 🤣


Point pasal penyokong PAS tu tepat, aku mmg gelakkan je kalau aku nampak diorang atau ahli politik PAS beria main isu minyak, sedangkan diorang dulu pun dalam geng yg sama dan sama2 merentan guna isu minyak nak balun PM Najib. Diorang jugak la yg sama2 beria buat flash mob duduk tepi trafik light angkat plakad "Bunyi Hon tanda tak+ setuju'. Derangement Syndrom ni mmg dari dulu bagi aku banter/troll paling low sekali kau guna utk lawan musuh politik kau sebab mmg nampak terencat tu pekat . Dulu zaman Najib main naratif "Zaman Najib ni byk betul kes bunuh!" sekarang pun main naratif mcm tu jugak cuma tukar nama PM dan isu yg nak ditunggang. Seolah2 zaman sebelum2 tu tak penah jadi kes bunuh dan lain2. Sekarang diorang guna alasan nak troll balik PMX sebab dulu dia ajar rakyat mcm tu dan dia yg janji nk turunkan harga minyak. Tak, tak..sebenarnye kau mmg menafikan yg isu Perang semasa ni bukan punca harga minyak naik, kau tak baca berita, kau tak ambik tau pun tapi sebabkan kau mmg saja nak meratib nama PMX.. Buat penyokong PH dan PMX pulak, korang terima je la dan hadap je la perangai pembangkang yg korang sendiri ajar dulu 😛

Apa yang najib kena dulu sama je apa nua terima hari ni. Biar je la jika itu beri keseronokan. Nanti tukar pm lain pun sama je maki hamun.

Bila kita ungkit pasal ni, diorng marah dan diorng cakap time tu PAS yg baik sbb Tahaluf Siyasi, padahal Zahid kerjasama dgn DAP takde plak dia peluk2 cmni

Aku pun bukan minat sangat politik ni tapi nak kecam pun kena la adil tengok keadaan semasa. Zaman anwar cakap saya ulang saya ulang tu Malaysia masih lagi ada surplus minyak. Minyak yang dihasilkan lagi banyak dari penggunaan. Masa tu orang susah nak beli kereta. Basic 700 je. Sekarang orang gaji basic 1700 pun lepas nak buat loan kereta. Sampai jumlah kereta lagi banyak pada rakyat sekarang ni. Kalau dia jadi PM masa tu mungkin dia boleh tunaikan janji dia. Pengeluaran minyak kita pun makin lama makin kurang sebab telaga minyak kita dah tua. Kalau nak kecam kerajaan pun patut kita kecam kenapa negara kita lambat nak ikut trend renewable energy dan EV. Banyak mana dah kita rugi masa lepas BN jatuh dulu sebab asyik tukar2 kerajaan.


P/S : Panjang2 ni, takde pun cerita pasal kesan kenaikan diesel & kesan pengurangan kuota subsidi kepada ekonomi rakyat kan.

POSTING LAIN YANG BERKAITAN : 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...