Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 27 October 2013

P. Ramlee : Wajah baru P. Ramlee Saloma


Md. Afendi Hamdan menunjukkan gambar pusara yang mengalami kerosakan berbanding pusara baru.

PADA bulan Mac lalu, kita dikejutkan dengan perkhabaran pusara seniman agung negara, Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee dan isterinya, Puan Sri Saloma yang mengalami kerosakan yang agak teruk akibat dihempap pokok tumbang ekoran hujan lebat.

Setelah hampir enam bulan, akhirnya pusara kedua-dua seniman dan seniwati legenda tanah air tersebut selesai diperbaiki dimana kos keseluruhan berjumlah RM25,000 ditanggung secara bersama oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan pihak Astro.

Menurut pengerusi Finas, Datuk Md. Afendi Hamdan, mungkin ada pihak sebelum ini mempertikaikan jumlah tersebut namun ketahuilah, baik pulih yang dilakukan bukan bertujuan untuk bermegah.

"Ketika mendapat tahu pusara mereka rosak, pihak Finas berasa terpanggil untuk tampil memberi bantuan kerana mereka merupakan individu yang banyak berjasa kepada industri seni negara.

"Dari segi kos pula bukan Finas sebagai agensi kerajaan sahaja yang mengeluarkan biaya, sebaliknya kos dikeluarkan bersama dengan Astro untuk membaik pulih kedua-dua pusara tersebut yang sebelum ini rosak akibat dihempap pokok tumbang.

"Dan apa yang boleh saya katakan, jumlah yang dikeluarkan untuk membaik pulih pusara mereka adalah sebagai tanda terima kasih kepada jasa dan bakti yang telah mereka taburkan selama ini," katanya.
Dia berkata demikian selepas selesai majlis tahlil dan peletakan batu nisan baru di pusara seniman dan seniwati negara tersebut di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, baru-baru ini.

Turut hadir Datuk Mustapha Maarof, Datuk Aznil Nawawi; seniwati Mariani; Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Jurey Latiff Rosli; Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Khir Mohd. Nor.

Menurut Mustapha pula, dia berharap anak-anak seni generasi sekarang turut memainkan peranan dalam usaha membaikpulih pusara-pusara seniman dan seniwati lain yang telah pergi sebelum mereka.

"Saya berharap di masa hadapan, bukan hanya Finas dan badan-badan swasta sahaja yang terlibat tetapi sebaliknya barisan-barisan artis serta persatuan yang ada untuk turut sama menghulurkan bantuan.

"Selain itu, pihak Finas juga merancang untuk menjadikan aktiviti gotong-royong di kawasan perkuburan ini sebagai aktiviti tahunan untuk memastikan kawasan ini sentiasa terpelihara," jelasnya yang juga merupakan salah seorang ahli perbadanan Finas.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...