Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 10 November 2013

Campuran rempah, resipi asli penyeri nasi kandar


PELANGGAN dari Shah Alam tidak melepaskan peluang menikmati Nasi Kandar Line Clear di Jalan Penang, Georgetown.

BAGI memastikan hidangan yang disediakan sedap, penggunaan rempah ratus dan cara memasak adalah penting.

Pengurus Restoran Nasi Kandar Line Clear, Akbar Ali Abdul Gaffoor berkata, pemilihan rempah ratus haruslah bersesuaian dengan sajian yang hendak dimasak bagi mengekalkan keaslian juadah berkenaan.
Menurut Akbar Ali, di restorannya, mereka menggunakan campuran rempah giling istimewa dan rempah serbuk dalam setiap lauk dan kuah yang ditawarkan kepada pelanggan.

"Campuran rempah ini penting kerana selain mengekalkan keenakan sajian, ia juga dapat menjamin keaslian rasa dalam kari ayam, sotong, udang goreng mahupun kari kambing.

"Konsep kami mudah iaitu menyediakan masakan sama seperti di rumah supaya para pelanggan merasakan mereka seolah-olah makan di rumah sendiri dan tidak terasing.

"Tiada guna kalau kami mempunyai tukang masak yang hebat tetapi rasa sajian kami sama dengan restoran lain," katanya kepada S2 ketika ditemui baru-baru ini.

Ujarnya, teknik memasak setiap sajian juga perlu diberi perhatian dalam memastikan keaslian rasa terpelihara walaupun sekarang ini terdapat lambakan peralatan memasak moden.

"Secanggih mana teknologi yang ada, kaedah memasak secara tradisional perlu dikekalkan kerana di situ keistimewaannya.

"Berbagai cara boleh digunakan untuk memasak tetapi rasa sudah pasti lain. Sebab itu di Line Clear kami tetap menggunakan cara tradisional iaitu dengan cara menumis terlebih dahulu sebelum mencampurkan rempah dan ramuan lain.

"Kaedah ini bagi membuatkan keaslian sajian dapat dirasai pelanggan," katanya.

Sementara itu, tukang hidang restoran berkenaan, Abdul Rahman Abdul Salim berkata, hiasan hidangan yang dipesan pelanggan juga harus diberi perhatian agar pelanggan berpuas hati.

"Ketika menghidangkan sajian seperti kari kepala ikan, saya akan pastikan suhu dan kuantiti kuah yang hendak diletakkan di dalam mangkuk.

"Ini kerana kalau kuah terlalu panas akan menyukarkan pelanggan untuk mencubit isi ikan dan andai kuahnya terlalu sedikit, rasa akan berkurangan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131109/re_08/Campuran-rempah-resipi-asli-penyeri-nasi-kandar#ixzz2kFAh3ANH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...