Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 25 November 2013

Guna 'najis': Wanita mohon maaf


Siti Zubaidah Ayub menyerahkan permohonan maaf berhubung isu Restoran Nasi Vanggey kepada Ahamed Azlan Shah Saiful Jaafar Sadik sambil diperhatikan Ahmad Fazli Mohammad (tengah) di Ipoh, Perak semalam.

IPOH 16 Nov. - Seorang wanita yang menyebarkan dakwaan di internet berhubung penemuan najis manusia bagi tujuan pelaris di sebuah restoran nasi kandar terkenal di sini, tampil memohon maaf kepada pihak pengurusan restoran berkenaan semalam.

Siti Zubaidah Ayub atau dikenali sebagai Ze Aida, 24, memberitahu, kontroversi itu tercetus selepas dia memuat naik status di laman sosial Facebooknya yang disalin daripada seorang rakan mengenai keburukan Restoran Nasi Vanggey itu.

Katanya, dia yang tidak berniat menghina restoran tersebut memohon maaf apabila menyedari tindakannya itu telah memburukkan nama baik restoran berkenaan sehingga tersebar secara meluas di internet.

''Status Facebook saya hanya boleh dibaca oleh sebilangan kecil individu, bagaimanapun ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencetak paparan status tersebut dan kemudian menyebarkannya.

''Saya tiada niat langsung untuk menjatuhkan perniagaan Nasi Vanggey ini. Saya hanya insan biasa yang mungkin terlepas pandang tentang perkara ini dan memohon maaf atas kesilapan itu dan menyesali tuduhan berkenaan yang dibuat tanpa asas dan kebenarannya," katanya dalam sidang akhbar di Restoran Nasi Vanggey di Greentown di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Restoran Nasi Vanggey Sdn. Bhd., Ahamed Azlanshah Saiful Jaafar Sadik dan Pengurus Restoran, Ahmad Fazli Mohammad.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131117/je_05/Guna-'najis':-Wanita--mohon-maaf#ixzz2mHvKfTbN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 comment:

  1. Alhamdulillah, amin. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya, inikan kita sesama muslim. Tindakan pengusaha Restoran Nasi Kandar (Nasi Vanggey) menerima permohonan maaf daripada seorang wanita bernama Siti Zubaidah Ayub, adalah suatu tindakan yang mulia. Kemudian, wanita tersebut mengaku kesalahan dan mengaku kesilapan yang telah dilakukannya sebelum ini. Demi menjaga nama baik nama tersebut, wartawan Utusan Malaysia tidak menunjukkan keseluruhan gambar wajahnya, demi menjaga aibnya. Itu pun satu tindakan yang terpuji. Oleh itu, kita sebagai insan biasa, sekiranya kita menjaga aib orang, Insya Allah, amin. Allah s.w.t pula akan menjaga aib kita di akhirat kelak. Insya Allah, amin.

    ReplyDelete

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...