Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 23 November 2013

Pengguna media sosial perlu bijak

JOHOR BAHRU 22 Nov. - Pengguna internet dan media sosial seperti Facebook dan Twitter perlu bijak menilai sebarang bentuk maklumat dengan memeriksa kesahihannya sebelum menyebarkan hal tersebut secara berleluasa seperti kontroversi Villa Nabila yang diperbesar-besarkan baru-baru ini.

Ketua Wilayah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Johor, Roszeta Kassim berkata, setiap maklumat yang dikongsi tanpa mengambil kira kesannya mungkin menimbulkan kekecohan malah keselamatan sehingga mengundang bahaya.

"Program Klik Dengan Bijak SKMM sebagai contoh, adalah untuk kesedaran pengguna kerana apa yang kita muat naik ke internet akan kekal di situ.

"Kepada individu pentadbir halaman berkaitan Villa Nabila yang mendakwa 23 daripada 30 hilang, maklumat palsu ini sebenarnya adalah satu kesalahan yang boleh disabitkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sekiranya kita menerima laporan, SKMM akan bantu agensi seperti polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurut Roszeta, pihaknya akan terus berusaha memupuk kesedaran sama ada di pelbagai peringkat agensi kerajaan, sekolah, institut pengajian tinggi dan organisasi lain dan usaha tersebut diperhebat dari semasa ke semasa.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20131123/wj_03/Pengguna-media-sosial-perlu-bijak#ixzz2m5qTrFsl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 comment:

  1. Mengenai kisah kehilangan remaja di Villa Nabila boleh dijadikan kayu ukur dan juga pengajaran kepada semua pengguna media sosial. Hentikan sebar sebarang maklumat yang tidak tepat. Bayangkanlah, hanya dalam kesalahan menyebarkan maklumat yang tidak tepat pun sudah ada peruntukan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jadi, bagaimana pula dengan kesalahan menyebar fitnah seperti dalam contoh kes Nasi Vanggey di Ipoh tempoh hari? Fikir-fikirkanlah bersama dan selamat beramal !

    ReplyDelete

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...