IPOH 14 Nov. - Pengurus Restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom di sini hari ini menyangkal keras dakwaan restorannya ditutup susulan penemuan najis manusia di dalam peti simpanan makanan di premis itu.
Mohd Nihmatullah Syed Mustaffah berkata perkara itu yang disebar menerusi laman sosial sejurus selepas notis penutupan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan petang semalam, merupakan fitnah yang bertujuan menjejaskan perniagaannya.
"Adakah najis orang kita boleh masak? Kenapa cemburu selepas 55 tahun saya berniaga di sini?," katanya kepada pemberita di sini.
Sambil menegaskan penutupan selama dua minggu sehingga 28 Nov itu atas faktor kebersihan, beliau berkata pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut mendakwa najis terbabit untuk disalut di sekeliling periuk.
"Kalau ada bukti (saya berbuat demikian) keluarkanlah...," katanya menambah perbuatan tersebut turut menjejaskan imej Perak yang sinonim dengan nasi kandar restorannya yang dikenali sebagai "nasi ganja".
Banyak orang kenamaan termasuk menteri dari luar negara datang menjamu selera di sini, justeru bayangkan apa perasaan mereka jika terbaca dakwaan yang dibuat itu, katanya.
Mohd Nihmatullah, 59, juga menegaskan hanya restorannya ditutup manakala Restoran Vanggey di Greentown yang turut menjual nasi kandar beroperasi seperti biasa. Restoran Vanggey juga milik keluarga saya, katanya.
Beliau berkata restorannya dijangka beroperasi semula Ahad atau Isnin ini selepas Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan susulan.
Restoran terbabit diarah tutup selama dua minggu bermula semalam kerana gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.
Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail, dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131115/dn_27/Pengurus-restoran-%22nasi-ganja%22-nafi-guna-najis-manusia#ixzz2m50tbCOk
© Utusan Melayu (M) Bhd
Macam-macam yang boleh berlaku apabila perniagaan sudah semakin maju. Sudah menjadi lumrah alam, akan jadi peristiwa hasad dan dengki. Ini juga timbul akibat rekaan cerita dan juga fitnah daripada orang yang tak bertanggungjawab. Mereka akan mudah cemburu dan irihati di atas hasil usaha mereka yang mengusahakan perniagaan yang semakin menjadi sebutan ramai. Aku pun tak sangka, restoran makanan yang kami selalu berkunjung makan bersama-sama dengan abah, mak dan adik beradik aku yang lain, telah difitnah oleh orang yang tak bertanggungjawab. Individu tersebut melemparkan fitnah pengusaha Restoran Ayam Merah di Ipoh telah dihidangkan sekali dengan najis manusia?! Adakah patut tuduhan tersebut dilemparkan kepada pengusaha yang telah menjalankan perniagaan sejak 55 tahun yang lepas??
ReplyDelete