SELEPAS pemaju Highland Towers diisytihar muflis pada 30 November 1999 ekoran tidak mampu menanggung segala kerugian selepas tragedi malang itu, hak milik tanah kawasan perumahan itu terus menjadi tanda tanya penduduk dan pihak berkuasa tempatan.
Pegawai Daerah Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pejabat itu dalam usaha untuk merampas dan menukar hak milik tanah tersebut menjadi hak milik kerajaan negeri Selangor ekoran kegagalan pihak tertentu membayar cukai tanah sejak tragedi itu berlaku.
"Kami sebelum ini pernah merancang untuk memfailkan permohonan kepada pihak tertentu dalam proses merampas dan menukar hak milik tanah tersebut kerana tunggakan cukai tanah sebanyak RM771,753.10 masih belum dijelaskan sejak syarikat itu muflis.
"Pertemuan dengan pihak tertentu telah diatur bagi memudahkan proses ini dan sekiranya proses ini berjaya mendapat persetujuan, kami akan menyerahkan tanah tersebut kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi tujuan pembangunan dan penyelenggaraan," katanya.
Katanya, tanah GRN 34018 Lot 3653 Mukim Ulu Klang, Gombak itu kini berada di bawah penyelenggaraan dua pihak iaitu pihak yang mengambil alih selepas syarikat tersebut diisytihar muflis dan pihak bank yang mendakwa telah mengeluarkan cagaran kepada syarikat muflis itu.
"Kami telah menghantar notis 6A kepada dua pihak tersebut baru-baru ini dan kini menunggu tempoh tiga bulan daripada tarikh notis tersebut dihantar. Selepas tiga bulan, sekiranya pihak tersebut gagal menjelaskan tunggakkan cukai itu, kami akan mengeluarkan notis 8A untuk merampas tanah tersebut selepas diwartakan menjadi tanah kerajaan negeri,"jelasnya.
Dalam perkembangan lain sekiranya tanah yang diusulkan berjaya menjadi hak milik kerajaan negeri selepas perwartaan itu, beliau bercadang untuk menyerahkan kepada MPAJ tetapi dibawah kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri.
"Kami juga akan berbincang dengan MPAJ bagi tujuan menyerahkan tanah itu kembali kepadanya dan untuk tujuan lain akan kami fikirkan nanti.
"Inisiatif ini kami cuba pikul kerana desakan penduduk yang kurang senang dengan keadaan di kawasan itu apatah lagi tempat itu selalu dikunjungi anak-anak muda tidak kira pada waktu siang dan malam," ujarnya.
Ditanya mengenai perancangan untuk merobohkan bangunan usang itu beliau berkata, keputusan tersebut akan dibuat selepas pewartaan tanah dan bergantung kepada perbincangan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri dengan MPAJ.
"Kami akan berbincang bersama-sama untuk mendapatkan persetujuan dan penyelesaian terakhir dalam membangunkan kembali kawasan terbabit,"katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131207/re_14/Tanah-dalam-proses-rampasan#ixzz2o43ZX9GN
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment