Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 16 April 2014

Ingin tahu fakta sejak darjah dua

SEJAK pertengahan tahun 1950-an lagi, nama Kampung Bunohan sudah terpahat dalam ingatan Abd. Razak Mahmod, 67, biarpun pada ketika itu, beliau baru menduduki darjah dua di Sekolah Melayu Morak, Tumpat, Kelantan.

Abd. Razak yang juga Penyelidik Sejarah Wilayah Timur (Kelantan, Terengganu dan Patani), berkata, beliau mengetahui tentang kewujudan kampung-kampung tersebut setelah terlihat alamat yang tercatat pada sebuah van menghantar barang di sebuah kedai runcit di Kampung Surau Lama, Morak.

“Walaupun masih muda pada ketika itu, saya sudah berupaya membaca dengan lancar. Setiap kali ada kenderaan seperti van atau lori yang memasuki kampung, saya akan cepat-cepat membaca dan menghafal alamat yang tercatat sebelum menunjuk-nunjuk di hadapan kawan-kawan lain.

“Bagaimanapun, nama Kampung Bunohan meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya. Saya membayangkan tempat itu sungguh mengerikan kerana merasakan nama kampung tersebut mempunyai kaitan dengan peristiwa pembunuhan.

“Sungguhpun perasaan ingin tahu mengenai kampung itu membuak-buak, namun untuk bertanya kepada orang tua-tua, saya tidak berani," katanya ketika ditemui S2 baru-baru ini.

Akui Abd. Razak, tanggapan mengerikan mengenai Kampung Bunohan masih tidak berubah biarpun beliau telah menginjak usia remaja, namun lama-kelamaan perasaan ingin tahu itu hilang begitu sahaja.

Bagaimanapun, disebabkan minat terhadap sejarah wilayah timur, beliau menemui penduduk-orang ‘lama’ di sana bagi mengetahui cerita sebenar di sebalik nama Kampung Bunohan.

Setelah diselidiki, kata beliau, ternyata nama kampung tersebut tidak mempunyai kaitan dengan kisah pembunuhan atau kejadian tragis yang mengorbankan nyawa manusia.

Namun pada masa sama, cerita Abd. Razak, penduduk terbabit tidak menafikan nama kampung itu berasal daripada perkataan bunuh.

“Bunohan bukan bermaksud pembunuhan manusia tetapi tempat yang mana orang dapat menangkap ikan darat (ikan sawah) dengan banyak dan mudah. Dengan perkataan lebih mudah, 'tempat ikan mengena' atau lebih dikenali dalam loghat Kelantan dengan 'bunoh'.

“Sesiapa yang menangkap ikan sama ada menggunakan lukah, jala mahupun belat pasti tidak akan berasa hampa apabila menangkap ikan di kawasan tersebut," kata beliau yang turut menghasilkan rencana berjudul ‘Sebuah Kampung Bernama Kampung Bunohan’ dalam Jendela Timur keluaran April 2008.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140412/lk_04/Ingin-tahu-fakta-sejak-darjah-dua#ixzz2z6KaPvu4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...