Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 16 April 2014

Sering ditanya maksud bunohan

SETIAP kali memperkenalkan diri dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bunohan, Kasim Omar, 58, guru besar di sekolah berkenaan sudah boleh menjangkakan soalan susulan yang bakal diterimanya.

“Semuanya teruja hendak mengetahui lebih lanjut perkara di sebalik nama kampung ini," katanya yang telah bertugas selama tujuh tahun di sekolah berkenaan.

Kasim yang berasal dari Kampung Bendang Pak Yong, tidak jauh dari Kampung Bunohan memberitahu, pada mulanya ramai yang beranggapan kampung berkenaan mempunyai kaitan dengan tragedi pembunuhan seperti karya Dain Said dalam filem Bunohan.

“Namun apabila saya menceritakan ‘rahsia’ di sebalik nama Bunohan itu, mereka terkejut dan tidak menyangka perkataan itu merujuk kepada sejenis alat untuk menangkap ikan," katanya kepada S2.

Tambahnya, alat tersebut dihasilkan menggunakan buluh yang dianyam dan dinamakan sebagai 'belat' serta dipasang bersama unjap atau pintu lukah berbentuk seperti corong.

Kasim memberitahu, filem tersebut menjadi kebanggaan penduduk kerana telah mempopularkan nama kampung mereka ke seluruh dunia.

“Pada saya, apa yang disentuh oleh pengarah berkenaan dalam filem Bunohan itu sekadar hiburan semata-mata bagi menjadikan jalan ceritanya lebih menarik.

“Penceritaannya mungkin dihasilkan berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh beliau dan saya tidak mahu mempertikaikan hasil tersebut," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140412/lk_03/Sering-ditanya-maksud-bunohan#ixzz2z6JiH5Uk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...