Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 11 May 2014

P. Ramlee : Aziz Sattar selamat dikebumikan





Aziz Sattar

KUALA LUMPUR 6 Mei - Seorang lagi insan seni yang terkenal sebagai pelawak veteran dan sering menjadi sebutan antara tiga Bujang Lapok karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pergi meninggalkan peminatnya awal pagi ini.

Datuk Aziz Sattar atau nama sebenarnya, Abdol Azez Satta, 89, meninggalkan khazanah seni tidak ternilai melalui aksi-aksi humornya melalui filem-filem seperti Seniman Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussien Onn, Cheras Perdana pada pukul 2.10 petang selepas disempurnakan dan disolatkan di Surau Al-Amin, Cheras Perdana.

Suasana hiba dalam kalangan sanak saudara, rakan artis dan sahabat handai dapat dilihat ketika mereka memberi penghormatan terakhir. Rata-rata ahli keluarga dan sahabat terkejut dengan pemergiannya yang disifatkan agak mengejut, selepas dikhabarkan berada dalam keadaan stabil, sejak sehari dimasukkan ke hospital petang Ahad lalu.

Menurut anak bongsunya, Sandakiah, 46, keadaan bapanya yang sudah dua tahun menetap dengannya di Bandar Tun Hussein Onn memang sudah tidak stabil sejak awal tahun ini.

“Keadaan ayah sekejap baik sekejap tidak sehingga menimbulkan rasa risau kepada kami adik-beradik. Selepas sakit, ayah mula tidak mahu makan dan seleranya hilang. Bagaimanapun dia tetap tabah melawan penyakitnya.

“Pada awal pagi hari Ahad lalu, ayah mengadu sakit dada dan saya mahu membawanya ke hospital tetapi dia tidak mahu. Lewat petang hari yang sama, baru dia mahu ke hospital," katanya ketika ditemui di surau berkenaan.

Ahad lalu, Allahyarham dimasukkan ke Pusat Perubatan KPJ Kajang akibat serangan jantung namun keadaannya dilaporkan stabil selepas ditempatkan di Unit Rawatan Korinari (CCU) hospital tersebut.

Antara yang hadir pada majlis pengebumian itu ialah Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar; pelakon Datuk Mustapa Maarof, Datuk Rosnani Jamil, Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Freddie Fernandez, Datuk M. Nasir, Datuk Rosyam Nor, Datuk Hattan serta artis-artis veteran yang lain.

Turut kelihatan pelakon Hans Isaac, Melissa Saila, Fauziah Ahmad Daud, Fizo Omar, Aizat Amdan dan ramai lagi.

Tambah Sandakiah, bapanya juga tidak meninggalkan sebarang pesanan terakhir malah turut menghalang ahli keluarga daripada datang melawatnya di hospital sebelum ini.

“Ayah memang tidak mahu menyusahkan mereka (ahli keluarga) untuk datang dari Singapura semata-mata mahu melawatnya. Malah, dua bekas isterinya iaitu Dayang Sofia dan Hashimah juga dilarang untuk datang menziarahi kerana katanya dia sudah sihat waktu itu," katanya.

Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak, 20 cucu dan 10 cicit hasil perkahwinan dengan Siti Rumina Ahmad dan Dayang Sofia. Selepas menduda hampir belasan tahun, Aziz berkahwin dengan Hashimah Delan pada Disember 2006 tetapi bercerai pada Mac 2012.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...