Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 11 May 2014

P. Ramlee : BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - Pemergian Datuk Aziz Sattar

SEMALAM, seorang lagi seniman tersohor, Datuk Abdul Aziz Sattar meninggalkan kita. Sumbangan seni beliau yang bermula awal 50-an lagi dan berterusan sehingga 80-an telah melayakkannya digelar seniman sepanjang zaman. Bakatnya cukup terserlah dengan lakonan dan dialog-dialog menarik lagi bersahaja.

Renung dan hayatilah watak-watak yang dilakonkan beliau khususnya dalam filem-filem Melayu lama seperti siri Bujang Lapok, kita dapat melihat betapa bakatnya terserlah.

Sudah pasti sumbangan beliau termasuk semasa bersama-sama Tan Sri P. Ramlee, telah menyumbang kepada kemajuan filem-filem Melayu dan seterusnya meletakkan karya seni tersebut ke suatu tahap yang boleh dibanggakan sehingga hari ini.

Awang yakin, darah seninya telah mendorong beliau dalam usia emas untuk terus berkarya dan berlakon. Ini termasuklah dalam filem-filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam, Cicakman dan Bujang Lapuk Kembali Da.

Justeru tidak hairanlah apabila beliau diberi pengiktirafan atas sumbangannya itu. Antara lain beliau pernah menerima Anugerah Seniman Veteran dan Artis Sepanjang Zaman.

Pemergian beliau sebenarnya menggamit cabaran kepada anak seni nasional kita. Benar hilangnya sukar dicari ganti, namun para penggiat seni tanah air perlu memastikan kelangsungan hidup filem-filem tempatan. 

Tanggungjawab kita yang masih hidup untuk mengembalikan kegemilangan dunia filem kita.

AWANG - Al-Fatihah.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...