Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 22 June 2014

Galeri kembalikan nostalgia waris

Wagon yang pernah digunakan di lombong bijih Bukit Besi dipamerkan di Galeri Sejarah Bukit Besi, Dungun, Terengganu.

SEJAK mula dibuka pada Oktober 2002 hingga kini, dianggarkan lebih 12,000 pengunjung telah melawat Galeri Perlombongan Bukit Besi di Dungun, Terengganu.

Penubuhan galeri yang dicadangkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun (PSMKD) itu bertujuan membolehkan orang ramai menyingkap kembali sejarah kegemilangan aktiviti perlombongan bijih besi terbesar di Asia Tenggara yang berlaku di Bukit Besi pada abad ke-20 lalu.

Selain pengunjung dalam kalangan pensyarah universiti, penyelidik, pengkaji sejarah dan pelajar, lebih istimewa, galeri itu turut menjadi pilihan warga asing dari England, Amerika Syarikat, Australia dan Jepun yang pernah menetap serta berkhidmat di lombong di Bukit Besi.

Difahamkan kunjungan mereka itu semata-mata untuk mengembalikan nostalgia yang pernah ditinggalkan di bumi bertuah ini.

Di samping menyingkap kegemilangan aktiviti perlombongan, pada masa sama Galeri Perlombongan Bukit Besi juga berperanan sebagai pusat ilmuan kepada pengunjung bagi mengetahui dengan jelas cara-cara pemprosesan bijih besi bermula dari kerja-kerja perlombongan sehingga lah dieksport ke luar negara.

Antara bahan-bahan yang dipamerkan adalah peralatan makmal, foto, alat perlombongan, pelan, peta, keratan akhbar, contoh batu bijih dan lain-lain.

Berdasarkan rekod, proses penubuhan galeri diusahakan oleh Hassenah Mohd yang merupakan bekas Pengurus Perkhidmatan Teknik Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Bermula pada 1996, pelbagai artifak dan bahan-bahan berkaitan dengan sejarah perlombongan bijih besi di Bukit Besi mula dikumpulkan di situ.

Galeri dibuka pada hari Sabtu hingga Khamis bermula pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140621/lk_04/Galeri-kembalikan-nostalgia-waris#ixzz35LjyWGqP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...