Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 5 July 2014

Kereta kabel Bukit Fraser bakal direalisasikan

RAUB 10 Mac. - Sebuah syarikat tempatan dilantik bagi membuat kajian berkaitan pembinaan kereta kabel dari Bandar Raub ke Bukit Fraser di sini sekali gus menjadi ikon terbaharu tarikan pelancongan di pusat peranginan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, idea pembinaan kereta kabel tersebut dicadangkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan supaya terdapat alternatif ke pusat peranginan itu selain menggunakan jalan raya.

"Projek bernilai jutaan ringgit itu apabila dilaksanakan nanti secara tidak langsung akan memacu pembangunan Raub dan boleh meningkatkan kedatangan para pelancong ke Bukit Fraser.

"Bukit Fraser semakin menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara kerana pelbagai kemudahan infrastruktur selain keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Raub di sini semalam.

Shahiruddin berkata, lebih 15,000 pelancong mengunjungi Bukit Fraser setiap bulan dan bilangan tersebut dijangka bertambah apabila projek dijalankan kerajaan termasuk pembinaan kereta kabel siap mengikut jadual.

Shahiruddin berkata, projek tersebut yang merupakan kereta kabel kedua di negeri ini selepas Genting Highlands akan menambah peluang perniagaan kepada peniaga dan usahawan kecil di daerah ini.

Dalam perkembangan berka­itan, UMNO Bahagian Raub menggesa Majlis Daerah Raub supaya membina lebih banyak ruang perniagaan bagi menambah kekurangan tempat dan kawasan perniagaan.

"Pembinaan ruang dan kawasan perniagaan tersebut bukan sahaja akan dapat menempatkan para peniaga di dalam satu kawasan tersusun yang lengkap pelbagai kemudahan malah dapat mengindahkan bandar Raub," katanya.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...