Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 12 August 2014

Misteri Batu Hidang, Batu Gajah

Arkib : 13 Ogos 2014


Gambar 1

JIKA kita menempuh laluan denai hutan dari Kem Sangka, Raub, Pahang ke Ulu Slim, Perak, kita perlu melepasi dua lokasi yang agak mistik.

Kedua-dua tempat itu terletak betul-betul di tepi denai hutan di dalam negeri Perak.

Ini bermakna kita perlu mendaki puncak di ketinggian kira-kira 800 meter di Banjaran Titiwangsa sebelum turun menuju ke arah Ulu Slim.

Penulis yang berpeluang mengikuti program Merentas Banjaran Titiwangsa Ulu Sungai-Ulu Slim dari Raub, Pahang ke Ulu Slim, Perak baru-baru ini turut singgah di kedua-dua tempat tersebut iaitu Batu Gajah dan Batu Hidang.

Salah seorang pengelola program itu, Zainal Abidin Ahmad (Abah) memberitahu, Batu Gajah mendapat nama berikutan bentuknya seperti seekor gajah sedang berdiri.

Batu yang sebahagiannya telah diliputi lumut itu memang kelihatan seperti seekor gajah jika dilihat dari hadapan denai.


Gambar 2

"Orang dulu percaya, kalau kaki lenguh sebab berjalan jauh, dia perlu cabut beberapa pokok kecil. Pokok-pokok itu kemudiannya dihempuk pada kaki yang lenguh.

"Sambil menghempuk, dia perlu menyebut bahawa tujuan dia berbuat demikian adalah untuk menghilangkan lenguh.

"Kemudian, pokok-pokok tadi diletakkan di kaki Batu Gajah. Kononnya, kaki yang lenguh akan pulih," katanya.

Mengenai Batu Hidang pula, katanya, batu itu mendapat nama kerana bentuknya yang rata seperti sebuah meja.

Abah berkata, terdapat cerita yang menyatakan batu itu dahulunya menjadi tempat rehat penduduk yang berulang-alik dari Raub ke Ulu Slim.

"Anehnya, sebaik sahaja mereka tiba di batu tersebut, mereka akan dijamu dengan nasi dan lauk pauk yang lazat.

Namun katanya, sebelum tiba di Batu Hidang itu, penduduk mesti berniat untuk makan tengah hari di batu tersebut.

"Jadi, sebaik sahaja mereka tiba di batu tersebut, nasi dan lauk telah tersedia untuk dinikmati.

"Tak tahu siapa yang menyediakan makanan itu tetapi kisah mengenainya diceritakan dari mulut ke mulut sehingga sekarang," katanya.

Bagaimanapun, katanya, hidangan percuma itu tiada lagi disajikan selepas berlaku kejadian seorang penduduk berketurunan Rawa membuang air besar di dalam pinggan selepas menikmati hidangan percuma tersebut.

"Oleh kerana marah dengan perlakuan itu, pihak yang menyediakan hidangan itu yang dipercayai orang bunian tidak lagi memberikan makanan percuma kepada penduduk," ujarnya.

Beliau berharap penduduk kampung di sekitar Raub dan Ulu Slim menjaga laluan Mat Kilau tersebut demi generasi akan datang agar mereka tidak lupa perjuangan pahlawan Melayu menentang Inggeris.


Gambar 3 : SEBAHAGIAN peserta berehat dengan duduk di atas Batu Hidang yang rata. (sumber gambar asal dari Utusan telah dipadamkan)


Sumber Gambar 1 dan 2 - Menyusuri Denai Raja Asal - Mat Kilau

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...