Arkib : 24 April 2020
SIAPAKAH GOLONGAN YANG RUGI SETIAP KALI BERTEMU RAMADHAN
1. Mereka yang Allah panjangkan umurnya sampai ke akhir Ramadhan TETAPI membiarkan hari-hari Ramadhannya berlalu begitu sahaja tanpa amal yang bermanfa'at.
2. Mereka yang menunggu-menunggu waktu berbuka puasa TANPA mengambil kesempatan untuk berdoa kepada Allah di saat-saat mustajab doa.
3. Mereka yang bangun untuk bersahur semata-mata TANPA beramal dan mendirikan solat sunat sekurang-kurangnya 2 rakaat.
4. Mereka yang dikurniakan Allah nikmat yang berlebihan TETAPI bakhil untuk bersedekah dan menjamu orang berbuka puasa.
5. Mereka yang mampu membaca Al Quran dan memiliki masa lapang yang panjang untuk mempelajarinya TETAPI membiarkan dirinya jauh dari Al Quran.
6. Mereka yang sering menghadiri majlis ilmu dan memahami agama TETAPI kekal bermusuhan, berbencian dan memutuskan silaturrahim sesama Muslim.
7. Mereka yang mengetahui bahawa Ramadhan adalah Bulan Maghfirah TETAPI tidak mengambil kesempatan memohon keampunan dari Allah.
8. Mereka yang menyedari bahawa sepanjang Ramadhan doa diqabulkan TETAPI membiarkannya berlalu tanpa sebarang munajat.
9. Mereka yang bersungguh-sungguh memelihara puasa dari perkara yang membatalkan TETAPI berterusan mengumpat dan menabur fitnah sesama Muslim.
10. Mereka yang sampai umurnya ke penghujung Ramadhan TETAPI tidak berusaha untuk memburu kebaikan malam AL QADAR.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud ;
"Berapa ramai orang yang berpuasa,akan tetapi ia tidak mendapat apa-apa daripada puasanya itu kecuali rasa lapar dan dahaga sahaja. Dan berapa ramai orang yang solat malam, akan tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada solat malamnya itu kecuali hanya terbatas kepada berjaga malam sahaja." (HR Ibnu Majah)
Selamat bermuhasabah diri dan saya hamba Allah insan kerdil ini memohon ribuan kemaafan di atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan samada disedari atau tidak disedari.
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
26 Sya'ban 1441 H
20 April 2020
Sama-sama muhasabah
Artikel lain yang berkaitan :
No comments:
Post a Comment