Some write for money. Some write to share.
I write to share for your knowledge. Religions, Politics and Conspiracy Theories, these are my fields of interests.
I am not a perfect person. Please correct me if you saw my mistakes so that I will learn from it…
Satu ringkasan sebuah karya yang diangkat daripada Novel Grafik daripada seorang penulis dan pelukis komik Max Brooks. Kisah ini adalah sebuah kisah cereka akan tetapi latarbelakang, lokasi serta tempat diangkat daripada persekitaran di Malaysia. Adakah kisah cereka ini adalah sebuah cereka yang benar? Ataupun ianya adalah sebuah kisah-kisah berdasarkan teori konspirasi?
Max Brooks Talks About The Extinction Parade (deleted video)
Anda boleh baca ulasan daripada salah seorang daripada pembaca komik ini dari Facebook seperti yang dikongsikan di sini.
Ini posting terakhir saya bagi tahun 2020 ini yang akan berakhir esok. Seperti yang saya janjikan saya akan buat posting kupasan mengenai lanjutan dari komik Max Brooks. Sebelum ini saya pernah buat satu tetapi pada masa itu masih tidak dapat gambaran sepenuhnya siapakah vampire dan zombie yang dimaksudkan oleh yang empunya cerita.
Komik ini mengisahkan 2 puak iaitu zombie dan vampire. Pandemik zombie ini mula-mula tercetus dari Perlis dan Sarawak. Kemudian ia merebak habis 1 Malaysia. Kelompok zombie hari ke hari semakin membesar kerana mereka asyik menggigit orang sahaja kerjanya. Zombie ini saya tidak tahu apa makanannya. Jika dilihat dari apa yang digambarkan pelukis, saya rasa bas lori bulldozer semua mereka makan. Manakala vampire yang memerlukan darah segar semakin terhimpit kerana hari ke hari darah segar semakin berkurangan disebabkan ramai orang telah bertukar menjadi zombie. Di sinilah wujudnya konflik di antara kedua-dua puak. Melihatkan spesis mereka semakin terancam, maka tampillah 2 orang wirawati dari puak vampire yang ingin menyelamatkan kaumnya dari pupus dengan menentang zombies. Semangat dan keberanian dicontohkan 2 wirawati ini, ia jadi teladan buat semua vampire lain yang terdiri dari pelbagai kaum Melayu, Iban, Cina, India. Semuanya bangkit mempertahankan hak mereka. Di dalam cerita ini, spesis zombie ini kelompok yang seolah-olah spesis dilindungi yang mahu dibiar terus berevolusi di masa akan datang. Manakala spesis vampire ini seolah-olah mahu dilenyapkan terus di atas muka bumi ini.
Sampai tahap ini sesiapa yang boleh faham maksud cerita komik ini, syabas untuk anda. Kepada anda yang masih belum lagi faham, tidak mengapa...saya lanjutkan lagi. Sebenarnya apa yang Max Brooks gambarkan ini, sebenarnya ia sedang berlaku dalam kehidupan kita. Hanya kita sahaja tidak menyedarinya. Cuba kita tukarkan nama puak vampire itu dengan anti-vax manakala puak zombie itu pro-vax. Nampak tak jalan ceritanya? Puak mana jadi spesis dilindungi dan puak mana jadi spesis yang mahu dilenyapkan? Melalui Bill Jagindas dan WHO mereka kenalkan COVID-19. Kemudian mereka pengaruhi pula ambil vaksin mereka. Dari arahan WHO, kesemua pemerintah dan pemimpin dari seluruh negara di dunia ini sudah diarahkan untuk menghebahkan keperluan vaksin ini untuk membasmi COVID-19. Tetapi sedar tak kita pada masa yang sama juga mereka bocorkan maklumat kandungan vaksin itu? Tidak cukup itu mereka tontonkan pula pada kita kematian dan juga mereka-mereka yang telah jadi cacat kekal iaitu selepas diberi vaksin. Untuk apakah mereka sengaja membiarkan maklumat-maklumat ini bocor dari pengetahuan umum? Semua ini adalah bertujuan untuk membina atau mewujudkan 2 puak ini tadi iaitu vampire dan zombie. Apakah tujuannya dibentuk 2 puak ini? Baiklah cuba lihat gambar di kepala post. Dalam komik pasukan ini dipanggil Army Of Bloodline. Pasukan ini sama spesis dengan vampire. Seperti vampire lain zombie adalah musuh mereka juga. Keberadaan mereka ini dalam puak vampire agak terahsia. Tidak semua vampire mengetahui kewujudan mereka. Apa yang peliknya di dalam komik, pasukan ini tidak pula mau memberi bantuan kepada puaknya dalam pertempuran dengan zombie. Mereka seperti sedang menunggu suatu pasukan lain dalam pergelutan kedua-dua puak. Pasukan ini adalah pejuang-pejuang palsu dalam puak anti-vax nanti. Hati-hatilah kita semua dengan mereka-mereka ini ya.
Kenapa saya kata Army Of Bloodline ini adalah pejuang palsu? Cubalah lihat emblem di dada ketua mereka itu, emblem freemusang (freemason). Tetapi pelikkan kenapa pejuang palsu ini boleh ada di pihak vampire bukan di pihak zombie. Ini kerana masonic sudah lama tahu pihak yang mereka cari-cari selama ini akan tampil dari belah pihak vampire. Sebenarnya pejuang palsu ini benar-benar wujud di alam nyata. Mereka di bawah pengaruh politikus-politikus berpengaruh di negara ini. Kerap kali saya berjumpa beberapa individu dalam socmed (social media) ini yang cuba berikan gambaran kepada orang ramai bahawa dia adalah salah satu figura penting akhir zaman ini. Bila diselidik, adoyaiii tua bangka itu juga pujaan hatinya. Masakan Allah akan memberi pertolongan kepada politikus-politikus yang bersekongkol dengan masonic. Sedangkan dalam Perang Uhud, hanya kerana tidak mematuhi perintah komander (Nabi Muhammad s.a.w.), malaikat berpeluk tubuh saja ketika tentera Islam dibantai kembali oleh tentera kafir. Soalannya kenapakah pejuang palsu ini tidak mahu membantu 2 wirawati dan puaknya membantai puak zombie? Apakah yang mereka tunggu sebenarnya? Inilah intipati terpenting dalam komik Max Brooks ni.Setakat ini saya tidak jumpa lagi mana-mana orang yang dapat rungkaikan mesej tersembunyi dalam komik itu yang memuaskan hati saya. Fungsi pejuang palsu a.k.a fake panji hitam ini yang sebenar-benarnya adalah menantikan kebangkitan dari sebuah pasukan yang Sayyidina Ali Abi Talib menyifatkan mereka ini singa-singa jantan yang kluar dari hutan. Hati mereka seperti kepingan-kepingan besi. Mereka-mereka ini akan diketuai oleh seorang lelaki berketurunan raja iaitu penguasa asal di Atlantis ini. Tugas fake panji hitam ini adalah menunggu dan memusnahkan pasukan elit yang diperkatakan oleh Sayyidina Ali Abi Talib ini. Jika pasukan ini tidak dimusnahkan. Ia akan menyusahkan majikan mereka di kemudian hari.
Wawasan majikan fake panji hitam palsu ini pada masa akan datang adalah semua umat manusia mesti ada ID digital. Sedikit sahaja masa lagi kita semua akan memasuki pula era digitaliasi. 1 chip implan akan ditanam dalam tubuh kita berasaskan dari teknologi Radio Frequency Identification atau disingkat jadi RFID. Semua pergerakan kita akan di monitor. Nak termenung lama-lama dalam bilik termenung pun dah tak selesa nanti. Sudah tentu ini akan mendapat bantahan dari seluruh persatuan perompak-perompak yang ada. Kita akan jadi seperti dalam filem Kingsman. Untuk melihat semua ini menjadi realiti di masa hadapan, semua bentuk halangan terutama dari the real panji hitam perlu dilenyapkan seberapa segera bermula dari sekarang. Oleh itu timbullah cerita tentang COVID-19. Tidak lengkap cerita COVID-19 tanpa vaksin untuk mengasingkan pihak mana yang akan bersama mereka dan pihak mana yang akan menentang mereka. Masonic menyedari dalam pihak yang menentang mereka di situ ada sekelompok x-men yang bisa (boleh) menghancurkan rancangan mereka. Bagaimana untuk mengumpan keluar x-men ini munculkan diri agar dapat dihapuskan sekaligus.
Kesimpulan dari komik ini adàlah masonic merekayasa COVID-19 + vaksin bagi mencetuskan konflik di antara 2 pihak vampire dan zombie untuk memaksa semua x-men keluar. Bagaimana untuk mendesak x-men ini tiada pilihan lain selain dari terpaksa menceburkan diri dalam pergelutan ini? Caranya mudah dengan menyekat segala hak yang mereka sebelum ini nikmati tanpa ada halangan dan sekatan. Jika sebelum ini nak pergi umrah tak perlu vaksin akan tetapi selepas ini nak pergi wajib kena vaksin dulu. Nak masukkan anak ke sekolah sebelum ini tak perlu vaksin akan tetapi selepas ini jadi keperluan penting. Buatkan mereka terdesak hingga terpaksa turun ke jalanan bagi mempertahankan hak ini. Di sinilah jarum peniti dimasukkan hingga tercetusnya huru-hara.
Akhir kata diharap semua sudah faham, komik ini mengisahkan terciptanya huru-hara akibat COVID-19 dan vaksin bagi mengumpan kluar semua x-men kluar dari persembunyian agar dapat dihapuskan demi memberi laluan kepada agenda besar di hadapan. Menariknya Max Brooks membiarkan ceritanya tergantung begitu sahaja tanpa menyebut pihak mana yang menang, barangkali dia sendiri tidak begitu pasti misi untuk menghancurkan semua x-men ini berhasil atau sebaliknya.
Nota : Tulisan ini digubah semula agar menjadi satu tulisan yang menjaga kualiti bahasa asal iaitu Bahasa Melayu. Perkataan italik adalah perkataan daripada Bahasa Inggeris.
No comments:
Post a Comment