M.E.L.A.Y.U. M.U.N.A.F.I.K.
"Berhati-hatilah terhadap firasat seorang Mukmin, sebab dia melihat dengan cahaya Allah".
HR At-Tirmidzi.
Musuh ketat kita yang paling dekat ialah golongan MUNAFIK. Mereka ini orang Islam, bangsa Melayu, tetapi pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara. Mereka memusuhi para ulama' yang Haq, membenci para pejuang agama dan mengkhianati usaha orang Islam yang muhsin.
Perhati baik-baik. Mereka ada di sekeliling kita. Dari rupa mereka kita tidak akan mengetahui mereka ini soleh solehah atau munafik. Mereka ada dalam setiap lapisan masyarakat. Dalam agama dan di luar agama. Dalam kerajaan dan di luar kerajaan.
Mereka berhujah bukan atas dasar iman yang benar tetapi dengan hawa nafsu dan atas kepentingan mereka mengatasi tanggungjawab yang Allah amanahkan kepada merema sebagai individu atau pemimpin.
Menggunakan hujah agama dan hukum agama untuk memenuhi kepentingan mereka dan hawa nafsu mereka.
Sebenarnya, golongan munafik telah wujud sejak zaman Rasulullah S.A.W. lagi. Setelah umat Islam memenangi Perang Badar melawan orang kafir, ramai yang memeluk agama Islam.
Mulai saat itulah, di dapati ada orang kafir yang berpura-pura memeluk Islam. Padahal, hati mereka menyembunyikan kekufuran. Inilah dia orang-orang munafik.
Apa tanda-tanda orang munafik?
Rasulullah S.A.W. bersabda: "Tanda orang munafik itu ada TIGA. Apabila berucap dia berdusta, jika membuat janji dia mungkiri dan jika dipercayai dia mengkhianati." (Riwayat al-Bukhari).
Lihat tanda-tanda ini, adakah ia wujud di setiap lapisan masyarakat dari bawah sampai ke atas?
Dari segi ketaatan rakyat mentaati perintah pemerintah yang baik dan soleh/solehah, berapa ramai yang jujur dan taat pada arahan mereka demi kebaikan negara?
Dari segi kejujuran barisan pemimpin kepada rakyat, berapa ramai yang jujur dan ikhlas berkhidmat untuk rakyat?
Ada influencer, menteri, pemimpin politik, agamawan bertaraf kayangan pun gagal menunjukkan etika contoh peribadi jujur di hadapan Allah walaupun berpurdah, berserban dan menutup aurat sempurna.
Sifat munafik ini bukan sahaja dibenci malah para sahabat R.A. termasuk orang yang kuat imannya, mereka paling takut jika timbulnya sifat munafik dalam diri mereka.
Ia boleh dilihat menerusi sikap Umar bin al-Khattab R.A. yang sangat risau dengan sifat munafik.
Beliau memberanikan diri bertanya kepada Huzaifah yang merupakan pemegang rahsia Nabi S.A.W. dan beliau mengenal siapa munafik di kalangan sahabat pada zaman itu.
Umar R.A. bertanya apakah baginda termasuk di kalangan orang munafik? Huzaifah menjawab 'tidak'.
Bahkan pada zaman nabi dan para sahabat, jika Huzaifah tidak menyolati jenazah seseorang itu kerana munafiknya, para sahabat yang lain akan mengetahui bahawa orang itu adalah munafik.
Allah mengilhamkan ke dalam hati nurani orang-orang yang beriman tentang bahayanya orang munafik dan pelbagai ancaman lain ke atas agama. Mereka bahkan menjauhi golongan ini atas kuasa Allah.
Namun hari ini, ilmu kasyaf dan firasat ditolak oleh sebahagian golongan ahli logik sains beragama Islam.
Seolah pembenaran iman itu perlu melalui mesin dan alatan sains sahaja sebagai bukti kebenaran tanpa pengesahan dari bimbingan para mursyid, para Wali Allah yang melibatkan hati nurani dan juga ilham yang Allah Taala beri kepada hamba-hambaNya yang beriman.
Firasat hanya dimiliki oleh seorang Mukmin sedangkan selain Mukmin tidak memiliki firasat tetapi hanyalah ilusi.
Oleh itu, perlu dibezakan antara firasat dan prasangka (zhan), kerana prasangka boleh jadi salah dan benar, boleh terjadi dengan ketaatan atau kemaksiatan, dengan hati yang hidup, sakit atau mati dan juga di antaranya ada yang haram.
Hal ini sebagaimana firman Allah S.W.T. : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ
Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa." (Surah al-Hujurat:12)
• Abu Said Al-Kharraz mengatakan "Barangsiapa melihat dengan cahaya firasat bererti dia melihat dengan cahaya Al-Haq. Sumber ilmunya berasal dari Al-Haq. Dia dapat melihat tanpa lupa dan lalai.
Hukum kebenaran Tuhan mengiringi gerakan lidahnya. Manusia seperti ini berbicara dengan menggunakan pancaran sinar kebenaran Tuhan. Ucapannya yang menyatakan dia memandang dengan cahaya Al-Haq ertinya dia melihat dengan cahaya yang dikhususkan Allah kepadanya."
• Muhammad Al-Wasiti mengatakan, "Firasat adalah pancaran cahaya yang memancar ke dalam hati, penguasaan makrifat yang membawa rahsia-rahsia ke dalam hati, dari sesuatu yang ghaib menuju yang ghaib sehingga dia mampu melihat sesuatu menurut sisi mana Tuhan memandang. Dia boleh berbicara dengan hati makhluk."
Firman Allah S.W.T. : إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِلْمُتَوَسِّمِينَ
Maksudnya: "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda." (Surah al-Hijr:75)
Sebagian ulama mengatakan bahawa ayat ini turun terhadap para ahli firasat. Mengenai kata "al-Mutawassimin" dalam ayat ini:
• Ibn al-Qayyim rahimahullah berkata, "Mujahid berkata, ' (Mereka adalah) Para ahli firasat."
• Ibn 'Abbas R.A. berkata, ''Mereka yang mampu mentaksir sesuatu di masa hadapan (ahl al-nazar)."
• Qatadah berkata, "Orang-orang yang mengambil pelajaran."
• Muqatil R.A. berkata, “Orang-orang yang berfikir.
Dalam ayat lain, Allah S.W.T. berfirman, : وَلَوْ نَشَاءُ لَأَرَيْنَاكَهُمْ فَلَعَرَفْتَهُمْ بِسِيمَاهُمْ وَلَتَعْرِفَنَّهُمْ فِي لَحْنِ الْقَوْلِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ أَعْمَالَكُمْ
Maksudnya: "Dan kalau Kami menghendaki, niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu, sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu." (Surah Muhammad :30)
Sebahagian orang-orang soleh menyatakan,
"Barangsiapa yang memenuhi zahirnya dengan mengikuti sunnah dan batinnya dengan Muraqabatullah (merasa diawasi Allah S.W.T.), menahan pandangannya dari hal-hal yang diharamkan, mengekang dirinya dari hawa-hawa nafsu, dan terbiasa dengan makanan yang halal, maka firasatnya tidak akan pernah meleset."
Oleh itu, sebagai orang Islam, berhati-hati dengan sifat munafik dan berusaha untuk menjauhinya.
Bagaimana caranya? Bersegeralah mendirikan solat dan berjemaah di masjid. Adakah ini dapat dilakukan sekarang? Jawabnya tidak.
Teruslah berakhlak baik dan mendalami ilmu agama. Dengan kurangnya didikan tarbiah oleh para guru dalam mendidik hati-hati manusia agar cenderung kepada agama disebabkan oleh kurangnya majlis pengajian agama dan didikan di madrasah secara terbuka seperti dahulu. Kecuali di tempat yang terpencil.
Didikan sahsiah diri bermula dari hati disertai oleh bimbingan guru rohani membimbing. Bukan berjalan sendiri menurut sesuka hati.
Ini juga merupakan satu kekangan dalam mentarbiah dan berdakwah di kalangan guru pembimbing rohani kepada murid dan bakal murid. Kini yang boleh dilakukan kebanyakannya secara jarak jauh.
Belajar ilmu teori secara online tidak perolehi kesempurnaan tarbiah sepertimana berkhidmat di hadapan guru secara berdepan. Nikmat berkhidmat pada guru ini masih dilakukan oleh mereka yang diizinkan Allah secara diam-diam.
Alhamdulillah ia masih terus berjalan samada secea berdepan atau secara rohani kerana itulah kehendak Allah Taala bagi mempersiapkan insan pilihan Allah ini, dari kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w. dan dari kalangan keturunan Ibrahim a.s., Nabi Daud a.s., Nabi Sulaiman a.s., sehingga sampai jalur keturunan Nabi Muhammad s.a.w. yang dipilih Allah untuk menyertai barisan perjuangan di akhir zaman bersama zuriat keturunan mereka yang terpilih. InshaaAllah.
Guru rohani membimbing dengan pengalaman hidupnya, bukan mengajar kuliah ilmu teori kitab dari kulit ke kulit. Adakah ini boleh dilakukan di zaman penularan kobid sekarang? Jawabnya tidak.
Perlunya ada keberanian hati untuk mempertahankan agama demi Haq. Semua ini mesti bermula dari hati yang kuat. Iman yang terpasak kukuh. Minda yang kuat. Jiwa yang kuat. Bukan bermula dengan fizikal yang kuat.
Adakah ini juga boleh dilakukan sekarang? Jawabnya, sukar tanpa ilmu dan tanpa guru rohani pembimbing. Namun masih ada jalan.
Hati mesti kuat bersedekah, suka berkhidmat, suka memberi. Buang dari hati segala.kepentingan diri. Ini juga bermula dari hati. Mesti rajin menghidupkan solat malam dan sentiasa berdoa agar dilindungi dari sifat munafik.
Kenapa saya nyatakan semua yang di atas ini? Kerana inilah kunci untuk mendidik hati agar terhindar dari sifat seorang munafik.
Untuk melakukannya, perlu melalui jalan sukar dan berliku. Bagi yang sudah berjaya alhamdulillah. Bagi yang belum teruskan usaha. Doa dan minta pada Allah. Moga Allah bukakan jalan.
Saya berpesan sekali lagi. Jaga iman baik-baik. Pegang kemas dengan selawat dan usaha mendekatkan diri dengan Allah. Bentengi diri dari ancaman musuh dengan solat, baca al-Quran dan zikir.
Boleh jadi mereka ini suami, anak, ipar, mertua, bos sendiri, kawan baik sendiri, kawan di media sosial, kawan sekolah. Ulama' suuk, agamawan suuk, pemimpin suuk, dan rakyat yang munafik juga.
Ingatlah firman Allah ini dan teruslah berpegang pada yang Haq biarpun diri dihina, dicerca, ditangkap, dipenjara, dikenakan hukuman. Tetaplah berpegang ada tali Allah dan janganlah takut dengan hukuman manusia. Takut pada hukum Allah itu paling utama.
Nak mendidik hati supaya beriman itu payah. Nak memelihara taqwa agar terus terpelihara itu lebih payah. Nak pertahankan pegangan iman dan perjuangkan agama demi taqwa itu paling sukar. Tapi itulah perjuangan Islam.
Islam tidak memilih rupa, pangkat atau keturunan. Islam memilih yang benar, suci, dan mulia seperti yang Allah perintahkan dalam al-Quran dan sepertimana Nabi ajarkan kepada para sahabat dan seterusnya kepada umat Nabi di kalangan kita.
Islam mengajar yang benar dan baik. Maka jika ada perkara yang tidak baik dan tidak benar maka wajib diperangi oleh hati yang menolak dengan iman yang benar sambil meminta petunjuk Allah. Disertai dengan anggota badan jika mampu.
Sabda Rasulullah S.A.W. : اتَّقوا فِراسةَ المؤمنِ ، فإنَّهُ ينظرُ بنورِ اللهِ
Maksudnya: “Takutlah kamu firasat orang yang beriman kerana dia melihat berdasarkan cahaya Ilahi.”
Haseena Syaakira
Doa Agar Allah Pelihara Dari Sifat Munafik
3 Jun 2021, 10.45 pagi
#HaqqulYaqin #SeeNa #TaqwaJourney #NationDefender #SeeNothingButAllah #HidupUntukAllah
No comments:
Post a Comment