Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 11 June 2021

Ucapan terima kasih daripada saya...

 Ucapan terima kasih daripada saya sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke 39 tahun. 


‎​ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DOA UNTUK SAUDARAKU SEMUA YANG TIDAK DAPAT DISEBUT SATU PERSATU ☆

Bismillahi Rahmanirrahim...
  1. Ya Allah aku memohon dengan keagungan AsmaMu
  2. Muliakanlah saudaraku yang membaca doa ini
  3. Lapangkanlah hatinya, tentramkan jiwanya, sehatkan fisiknya, sembuhkan penyakitnya
  4. Bahagiakan keluarganya.. jadikan anak anaknya soleh/solehah
  5. Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan. Lepaskan dia dari hutang piutang
  6. Mudahkanlah segala urusannya
  7. Kabulkanlah cita-citanya, dan harapannya
  8. Jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, perkataan kasar dan,
  9. Jauhkanlah dia dari segala musibah, serta
  10. Terimalah semua amal ibadahnya dan ampunilah segala dosa-dosanya
  11. Jadikanlah dia penghuni SyurgaMu
  12. Semoga terhindar dr wabak covid 19 ni serta sehat sejahtera slalu hendaknya,
  13. Panjang umur, murah rezeki dan bhgia di dunia dan akhirat serta jannah, *آمين يا الله*
‎               *آمين يا رحمن*
‎               *آمين يا رحيم*
‎           *أَمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ.*      

Sahabatku ... kirimkanlah doa ini seluas-luasnya ... kerana kita tak tahu dari lisan siapa doa kita ini akan dikabulkan Allah swt.

امين يارب العالمين


Khas untuk anda semua dengan ucapan, 'Selamat Hari Raya Aidifitri, Maaf Zahir dan Batin'

Printscreen dari facebook saya

Alhamdulillah, amin.  Genap 39 tahun sudah umur saya tahun ini...


Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin


Sesi bergambar untuk Hari Raya Aidilfitri Pada Tahun 2021

1. Ucapan terima kasih daripada saya di dalam Media Sosial, Facebook

Assalamualaikum w.b.t. , Salam Jumaat dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, amin. Syukur ke hadrat ilahi kerana saya berkesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hantar ucapan selamat hari lahir kepada saya kali yang ke 39 tahun.
Pada tarikh yang istimewa ini, saya tujukan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu yang tercinta Umi Kalthum Bt. Ismail kerana telah selamat melahirkan saya pada 39 tahun yang lepas. Alhamdulillah, amin. Terima kasih, mak ! dan Terima kasih juga kepada abah.

Selain itu, buat terima kasih juga diucapkan kepada isteri tercinta, Aini Mohamed Shariff anak-anak kesayangan abah, Ahmad Aminuddin (soleh boy) dan juga Noraini (solehah girl). Alhamdulillah, amin usia perkahwinan kami telah mencecah usia 12 tahun kini.

Saya juga ingin mengucapkan juga terima kasih kepada semua adik beradik saya, di atas ucapan dan ingatan daripada anda semua, iaitu Ervina Alfan, Syahidi Fadzli, Norlina Alfan, Syafiq Effendi Faliq dan isterinya Aliyyah Nuha Azman dan Mohd Faiz Farhan Alfan. Terima kasih juga diucapkan kepada Paman Amir Mimbar (pakcik, Adik Abah), Isterinya Bik Nusida Omar (makcik),  Kak Rohayah Abu Kassim, (Dee Ya Services Enterprise), Zulkefli Mohd Isa dan Suznita Mohd Yatim Yahaya (bekas rakan sekerja di KLIA Consult), rakan-rakan dari UiTM, Norshakila HarisNor Azlin Mohd ZakiCikgu Bani Nurulhesham, Mantan Pensyarah saya di Unisel, Bs Dhillon. Tidak ketinggalan juga rakan kenalan FB saya dari jauh, Liew Ying YieBudi ChahayaNurQasehku Olia, dan Adnan Omar. Terima kasih, semua !

Sebelum terlupa, saya ingin meminta maaf sekiranya saya ada melakukan apa-apa kesilapan ataupun kesalahan pada semua ahli keluarga saya, saudara mara saya, sahabat handai saya di atas kekhilafan saya bersama-sama dengan anda semua sebelum ini. Saya memohon ampun dan maaf dan saya juga memaafkan pada anda semua sama ada saya kenal dari dekat ataupun dari jauh.

Pada kawan-kawan yang saya tidak sebutkan di sini, iaitu sama ada mereka yang menzahirkan ucapan hari lahir saya secara mesej peribadi ataupun dalam Group di WhatsApp, saya ucapkan terima kasih kerana ingatan daripada anda semua. Maaf diucapkan sekali lagi sekiranya ada nama-nama yang tidak sebutkan di sini kerana yang penting anda tetap menjadi ingatan dan perhatian daripada saya. In shaa Allah, aamiin.

Terima kasih daun keladi. In Shaa Allah, aamiin. Panjang umur kita jumpa lagi... 🌹

Khas untuk anda semua dengan ucapan, 'Selamat Hari Raya Aidifitri, Maaf Zahir dan Batin'
Sekian. Wassalam.


2. Ucapan terima kasih daripada saya khas untuk semua pembaca setia blog saya, Mencari Keredhaan-Mu, Ya Allah, Ya Tuhanku...

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana masih mengikuti blog saya secara terus (normanhafizi.blogspot.com) sejak dahulu hingga kini. Alhamdulillah, amin...

Sekiranya ada di antara isi kandungan di sini ada yang membuatkan anda tidak selesa untuk membaca sehingga tamat, maafkan saya....'Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan'. Segala komen, cadangan dan penambahbaikan daripada anda semua amat diperlukan untuk memantapkan lagi isi kandungan blog ini untuk terus relevan sepanjang masa dan zaman.

2.1 Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Selain itu, saya amat berbesar hati untuk ruangan info di sini http://normanhafizi.blogspot.my/2014/02/alamat-bengkel-kereta-melayu-bumiputera.html yang diterbitkan sejak 28 Februari 2014 kerana masih lagi mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia yang melayarinya di sini. Sehingga kini, (rujuk gambar di bawah)

Gambar 1 : 92.4k views daripada statistik di blog saya (statistik pada 2021) disertai dengan 2 pada bahagian comments




Gambar 2 : Statistik pelayar blog ini dari 04 Jun sehingga ke hari ini 10 Jun 2021 adalah sebanyak 1.2k  (dalam tempoh seminggu)

Gambar 3 : Top Locations telah dikenalpasti pelayarnya khas dari Malaysia ! Terbaik ! Selian itu, negara kedua pelayar yang teramai adalah dari United States. Selebihnya daripada negara-negara di seluruh dunia seperti yang dicatatkan

Alhamdulillah, amin.  Setiap hari apabila saya melihat statistik seperti di atas, akan membuatkan saya untuk teruskan perjuangan saya untuk membantu dan menyebarkan informasi yang diperlukan oleh saudara/i seperjuangan kita di dalam alam maya (internet) ini.

Semoga melalui usaha murni kita bersama di sini akan dapat diberikan ganjaran dan pahala dari Allah s.w.t. kerana berniat untuk membantu sesama kita meneruskan perjuangan dalam bidang perniagaan dan jihad ekonomi umat islam untuk bersaing secara sihat dengan usahawan bukan islam dan bukan bumiputera di bumi Malaysia yang tercinta ini.  In Shaa Allah, amin.  
Pautan link rujukan untuk Kempen Beli Produk Islam di sini, https://normanhafizi.blogspot.com/2021/04/kempen-beli-produk-islam.html

2.2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia

Gambar : Kenyataan Media Daripada Menteri Kanan Pertahanan Pada 11 Jun 2021

Pada ketika ini, Malaysia sedang mengalami situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan lanjutan 2 minggu lagi bermula pada 15 Jun sehingga 28 Jun 2021. Info boleh dibaca seperti yang dikongsikan seperti di dalam gambar.

Pada tahun 2021, suasana Hari Raya Aidilfitri disambut secara sederhana. Kali ini, saya telah mengambil peluang untuk menyampaikan Khutbah Ringkas Aidilfitri 1442H pada 13 Mei 2021 yang lepas. Rujukan video rakaman khutbah tersebut boleh rujuk di bawah :-

13 Mei 2021 - Khutbah Ringkas Aidilfitri

https://www.youtube.com/watch?v=HkepGkWskac&t=3s

Ini adalah kerana sepanjang tempoh PKP, masjid dan juga rumah-rumah ibadat bukan Islam telah ditutup bagi memudahkan untuk memutuskan rantaian COVID-19.

2.3 Isu Palestin

Isu ini menjadi bualan hangat para netizen apabila para hackers berjaya memintas sistem secara talian di Israel. Di samping itu, telah berlaku serangan daripada Zionis Israel yang tidak putus-putus pada Malam Terakhir Ramadhan sewaktu umat Islam di sana sedang melakukan ibadat untuk mencari Malam Lailatul Qadar. Rangkuman peristiwa tersebut anda boleh baca melalui pautan artikel di sini :-


2.4 Kematian seorang sahabat saya

Pada 01 Jun 2021 yang lepas, saya telah mendapat khabar bahawa sahabat rapat saya telah pun pergi ke Rahmatullah akibat daripada jangkitan varian baharu daripada Covid-19. Perkara ini sedikit sebanyak amat terkesan kepada diri saya kerana Allahyarham Ahmad Husni adalah merupakan sahabat yang rapat dengan saya sewaktu saya menuntut di UiTM Permatang Pauh.
Pautan artikel ini boleh dibaca di sini, https://normanhafizi.blogspot.com/2021/06/01-jun-2021.html

2.5 Isi kandungan di dalam blog ini akan diperkemaskinikan

Masih lagi mengekalkan tema blog ini iaitu mengkaji isu-isu sejarah yang tidak direkodkan dalam mana-mana catatan buku sejarah, isu-isu politik, konspirasi kehidupan dunia semasa serta ceramah-ceramah agama untuk ilmu akhir zaman menjadi keutamaan. Selain itu, blog ini juga akan memasukkan video-video filem-filem dan juga video muzik sebagai bahan-bahan hiburan tambahan buat semua pembaca. Ini adalah untuk meredakan seketika fikiran anda semua dengan pembacaan topik-topik berat di dalam blog ini. Semoga anda semua terhibur dengan persembahan blog saya kali ini. Akhir sekali, sekiranya ada info-info yang berkaitan akan dimasukkan ke dalam blog ini daripada sumber YouTube. In shaa Allah, aamiin akan saya kemaskinikan di sini. Terima kasih kerana anda memberikan sokongan penuh kepada blog ini.

3. Sebagai penutup, akhir kata,


Salam silaturahim di bulan Syawal 1442H...
..Buat keluarga

Kamulah Yang Terpenting Dalam Hidup Saya

.. Buat Yang Tersayang

Saya Minta Maaf Kalau Saya Ada Menyakitkan Hati Kamu

..Buat Kawan-Kawan

Maaf Kalau Saya Ada Silap Dan Salah, Tak sengaja

..Buat Sahabat

Jangan Lupakan Saya, Bila Suatu Masa Nanti Kita Terpisah

..Buat Yang Tak Sependapat

Maaf Bila Selama Ini Saya Selalu Salah Di mata Kamu

..Buat Yang Sayang Pada Saya

Saya Juga Sayang Pada Kamu ..bahkan lebih lagi..

..Buat Orang Yang Pernah Menyakiti Saya

Terima Kasih Kerana anda Mengajar saya Bagaimana Untuk Terus Bersabar...

..Buat Yang Tak Kenal Saya

Terima Kasih Sebab Setia Save Saya Dekat Contact anda...

Terima Kasih Semua Sebab Sudah Ada Dalam Hidup Saya

Taqabbalallah..

MAAF ZAHIR DAN BATIN💕😘💋

Selamat Menyambut Hari Raya Aidifitri, Maaf Zahir dan Batin 1442H/2021M daripada saya untuk anda semua.

Sekian. Terima Kasih ! Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...