Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 22 November 2021

Perang Musuh Bisik

Tangan Hitam Di Balik Perang Musuh Bisik 200 tahun Yang Lalu


Hari Memperingati Perang Musuh Bisik (1821 - 1842)

Oleh : MHR

Sudah seminggu saya berada di utara, saya sibuk buat persiapan untuk pelbagai acara sambutan bersempena tarikh yang penting ini. Bagi saya, cukuplah orang yang hendak bersama saya dalam perjuangan ini tanpa mengharap apa-apa balasan dunia. Alhamdulillah, sekalian tok guru pondok sama ada jauh dan dekat merahmati perjuangan saya dan para waris.

Saya MHR, saya tidak tahu moyang-moyang saya siapa. Saya hanya menulis dan mengkaji kisah perang ini atas sikap dan sifat ahli sejarah walaupun saya tidak ada gelaran apa-apa. Sudah 6 tahun saya buat kerja ini dan alhamdulillah kesedaran masyarakat semakin tinggi. Saya bersama para waris, tidak ada niat di kalangan kami untuk menuntut apa-apa dari Kedah. Kami buat semua ini atas nama Islam yang menyanjungi perjuangan syuhada. Kami buat semua ini atas nama perjuangan anak bangsa Negeri Kedah khususnya nenek moyang kita yang seramai 30 ribu terkorban di dalam peperangan selama 22 tahun ini. 

Andai kata salahlah perjuangan ini demi mengangkat Syuhada dan bangsa di mata siapa pun. Maka benarlah kata ulama "perjuangan yang benar itu adalah pahit untuk di telan". Maka atas ketentuan dan ujian yang di timpa ke atas kami sekalian yang berjuangan ini maka kami redha dengan hati yang sehina-hina makhluk di muka bumi ini. 

200 tahun lalu, tanpa penat dan jemu seluruh rakyat negeri Kedah dan bersama sekalian muslimin dari serata alam Melayu datang ke Kuala Kedah berjuang untuk membebaskan negeri Kedah. Selama 22 tahun umpama saf masjid yang berlapis, tidak pernah ada satu baris pun yang terputus safnya. Para mujahidin atas seruan sekalian ulama datang bersilih ganti. Gugur syahid dan pergi meninggalkan semuanya. 

Selama itu, sampailah 5 tahun yang lalu, kisah mereka hanya dikenang di atas kertas, dibicarakan sekalian ahli sejarah, di kaji oleh sekalian pelajar universiti namun semuanya habis di atas sekeping kertas. Adakah kertas itu boleh mengenangkan kita kepada mereka?. Saban tahun kita sambut hari Pahlawan.. segala majlis tahlil dan yassin di buat dengan niat sedekah bacaan ke atas mereka. Adakah salah jika maksud yang sama kami buat untuk sekalian nenek moyang kita?.

Mungkin di kalangan kita tak merasa dan berasa penting tapi janganlah sampai hendak di halang usaha yang ada demi ABATA. Apa pun saya sebagai penulis buku Perang Kedah Siam bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana dilorongkan oleh Allah Taala bertemu sekalian macam manusia dan makhluk ghaib. Saya redha atas kerana di pilih untuk bersama para waris berjuang atas nama mengenang perjuangan para syuhada. Alhamdulillah. 

Sebenarnya perang ini bukanlah melibatkan Siam semata-mata tetapi kita berperang secara berdepan dengan orang Cina. Hal ini dibuktikan sendiri oleh sejarawan Siam yang mengatakan bahawa Raja Ligor yang menyerang Kedah serta angkatan tenteranya terdiri daripada orang Cina. Namun di kalangan mereka juga terdapat sebilangan Melayu dan orang Siam. 

Raja Ligor sendiri adalah dari ahli kumpulan Hai San yang kemudiannya bersabit dengan peristiwa Perang Larut di Taiping. Sebenarnya Raja Ligor dan Hai San sudah merancang untuk menakluki Perak pada tahun 1825 namun di halang oleh British. Semua ini dinyatakan di dalam buku Triad and Tabut tulisan ML Wayne dan Singapore Chronicle yang jelas menyatakan bahawa Raja Ligor bersedia untuk mengangkat Low Ah Chong Ketua Kumpulan Hai San untuk menjadi Raja Perak sekiranya pakatan mereka berjaya menakluki Perak. Perak bernasib baik kerana mendapat bantuan British secara tidak langsung. 

Atas sebab itulah merujuk penulisan Windstedt, Orang-orang Cina yang membantu juga di seksa sehingga mati, mereka di jahit hidup – hidup di dalam kulit kerbau dan dibiarkan di bawah sinaran matahari sehingga mati oleh Tunku Muhammad Saad. Semuanya kerana terlampau geram dan marah ke atas apa yang berlaku ke atas rakyat negeri Kedah.

Tapi British mengatakan bahawa kitalah yang kejam atas perbuatan Tunku Muhammad Saad itu malah difitnahnya pula bahawa Tunku Kudin membunuh diri di dalam Kota Kuala Kedah. Selama itulah kita generasi kemudian percaya dengan tindakan tersebut tanpa mengkaji semula apa yang berlaku dari sudut pandang sebagai seorang muslim. 

Usai sekalian lama kisah ini berlegar maka terjumpalah saya akan apa yang di catat oleh Osborn pada tahun 1836 tentang bagaimana orang Siam dan Cina ini menyiksa orang Melayu.

Bentuk penyeksaan yang dijalankan ialah :-

1) dengan cara memasak banduan hidup-hidup di dalam pokok yang berlubang dengan mangsa dibogelkan dan tangan terikat ke belakang. Mangsa diletakkan di dalam lubang itu dan lemak diletakkan atas kepala mereka. Lubang dan pokok itu kemudaannya dilumur dengan lumpur agar pokok tersebut tidak terbakar dan mangsa dibiarkan masak hingga mati. 

2) Mangsa di bawa ke kuala sungai yang berlumpur di mana di tempat itu mempunyai pokok-pokok yang baru tumbuh dan sangat tajam. Mangsa diletakkan dalam kedudukan bersila dan dibiarkan hingga usus mereka ditembusi hingga mati. 

3) Madu dilumurkan ke atas badan mangsa dan kemudiannya mereka diikat ke pokok yang mempunyai serangga yang berbisa dan kemudiannya mangsa di pukul hingga mati. Penyeksaan ini biasanya di kenakan ke atas para wanita yang hamil, tentera Thai akan berjudi dengan meneka samada bayi di dalam perut itu samada lelaki atau perempuan, wanita itu di belah perutnya untuk mereka menentukan siapakah pemenangnya. 

Maka seharusnya kita sedar siapakah musuh kita. Sejarah tidak pernah menipu tapi ia sentiasa dimanipulasi atas alasan dan kepentingan tertentu. 

Ini hanya sebahagian apa yang berlaku 200 tahun lalu. Sedih dan sebak hendak saya gambarkan kepada kalian tetapi andainya perjuangan untuk memperingati sejarah ini demi menyedarkan anak bangsa itu salah, maka berdosa besarlah mereka dan seluruh keturunan mereka yang menghalang usaha ini. 

Bak kata Hang Tuah

"Akukah salah atau Jebatkah salah?"

Apa pun semoga Allah menempatkan seluruh nenek moyang kita yang telah pergi bersama para solehin di syurga firdausi, diluaskan kubur mereka, dipasangkan cahaya yang terang benderang di alam sana dan dijauhkan mereka daripada segala siksaan dan kejahatan alam barzakh. Al fatihah. 

Mohon tukar DP fb seperti gambar di bawah ini sebagai tanda solidariti. 

Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad. Wa A'la alihi Wabarik Wasallim. 

MHR

https://www.facebook.com/109599693752630/posts/651151539597440/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

SYAHID KETIKA MENGUSIR SIAM DI KEDAH



Dato Wan Muhammad Ali : Laksamana Perang Tidak Di Dendang


12 November 1821 : Hari Perjuangan di Kota Kuala Kedah


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...