Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Monday 25 April 2022

25 April 1983

Hari ini 39 tahun yang lalu, seniwati legenda, Puan Sri Saloma meninggal dunia.

Beliau dilahirkan pada 22 Januari 1935 di Pasir Panjang, Singapura dengan nama Salmah binti Ismail, anak perempuan ke-3 daripada 7 adik beradik. Kakaknya, Mariani juga seorang pelakon sementara adik tirinya Mimi Loma & Jasmaniah juga penyanyi.

Memang suka menyanyi sejak kecil, Saloma memulakan perjalanan seninya sekitar 1948 di usia 13 tahun apabila diperkenalkan kepada khalayak di The New World Carbaret di Singapura oleh bapa tirinya yang merupakan pemuzik keroncong di karbaret itu.

Suaranya mula berkumandang di Radio Malaya tahun berikutnya & namanya semakin terkenal sebagai penyanyi utama orkestra sekitar Singapura. Pada 1950, Saloma mula menceburkan diri dalam bidang lakonan menerusi filem ‘Pelangi’ terbitan Nusantara Film.

Pada 1955, Saloma dilamar Malay Film Productions di Jalan Ampas. Di situ ketika namanya semakin meledak, beliau mendapat nama komersil ‘Saloma’ oleh Shaw Brothers yang diambil daripada nama filem ‘Salome’ (1953) dibintangi Rita Hayworth.

Beliau mengahwini seniman agung P.Ramlee pada November 1961. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata, tetapi kedua-duanya membawa 3 orang anak daripada perkahwinan terdahulu & pada masa sama bersama membesarkan 7 orang anak angkat.

Apabila suaminya meninggal dunia pada 1973, Saloma mengalami kemurungan sehingga menjejaskan kesihatannya. Akhirnya akibat kegagalan fungsi hati, pada 25 April 1983 di usia 48 tahun, Saloma menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Assunta, PJ.

Beliau dikebumikan di sisi pusara suaminya di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, KL. Sepanjang kariernya, beliau telah merakamkan lebih 500 lagu & membintangi sekitar 29 filem. Saloma diangkat sebagai Biduanita Pertama Negara pada 1978.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, NST, ‘Saloma’ (Ahmad Fauzee Samad, 2012)

#PeristiwaHariIni

https://www.facebook.com/11726505964/posts/10158732732630965/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Sejarah Ringkas Riwayat Hidup P. Ramlee

Tarikh 29 Mei 1973 P. RAMLEE MENINGGAL DUNIA

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/05/sejarah-ringkas-riwayat-hidup-p-ramlee.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...