PELADJARAN BAHASA MELAJOE OENTOEK SEKOLAH BOEMIPOETERA
BAHASA MELAYU
Sama ada Menteri Pendidikan Indonesia itu mahu mengaku atau tidak, bahasa yang mereka pertuturkan itu adalah bahasa Melayu. Apakah sebelum wujudnya Indonesia mereka tidak berbahasa? Atau hanya menggunakan bahasa isyarat sahaja?
Sebuah buku yang diterbitkan di Batavia (Jakarta) pada tahun 1941 dengan judul "Peladjaran Bahasa Melajoe" jelas membuktikan bahawa bahasa yang mereka gunakan itu sebenarnya bernama bahasa Melayu sebelum ditukar nama ke bahasa Indonesia. Terimalah hakikat ini.
Bahasa Melayu tetap bahasa Melayu meskipun digunakan di Indonesia, Malaysia, Singapura, Selatan Thailand atau Brunei.
Orang barat yang bertutur bahasa Inggeris tetap mengaku mereka menggunakan bahasa Inggeris (English) meskipun digunakan di UK, Amerika, Australia atau New Zealand. Tidak pernah mereka kata kami bercakap bahasa Amerika, atau bahasa Australia atau sebagainya.
Bahasa yang dipertuturkan di Alam Melayu adalah bahasa Melayu. Itulah hakikatnya.
https://www.facebook.com/100004017750783/posts/2768998139910751/
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
Sejarah & Perkembangan Bahasa Melayu
https://normanhafizi.blogspot.com/2021/12/bahasa-melayu.html
No comments:
Post a Comment