Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 30 September 2022

29 SEPTEMBER 1974 PERARAKAN BESAR-BESARAN DI PEKAN KROH

 

Pada hari ini dalam tahun 1974, lebih 5,000 orang penduduk di dalam kawasan sempadan Malaysia-Thailand, telah mengadakan perarakan besar-besaran di Pekan Kroh, Perak. Perarakan mengutuk dan menentang pengganas komunis ini turut disertai oleh pelbagai penduduk berbilang bangsa termasuklah penduduk berbangsa Thai yang tinggal di Kampung Tasek. Dalam perarakan itu, mereka membawa sepanduk mengutuk pengganas-pengganas yang telah mengancam kehidupan dan perpaduan mereka.

Perarakan yang dianjurkan oleh sebuah jawatankuasa khas itu telah dipengerusikan oleh anggota Parlimen kawasan Grik, YB Encik Shamsuddin bin Haji Din. Rapat umum ini turut disertai oleh Menteri Besar Perak, YAB Tan Sri Mohamad Ghazali bin Jawi, Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri, Encik Ishak Tadin dan Brigedier Haji Abdul Latif bin Hussein serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan Polis. Perarakan ini jelas memperlihatkan fahaman komunis tidak mendapat tempat di hati rakyat Negara ini.

#hariinidalamsejarah #arkibnegara


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

20 SEPTEMBER 1955 SETIAUSAHA JAWATANKUASA KOMUNIS RAUB MENYERAH DIRI


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...