Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 6 October 2022

06 OKTOBER 1969 PERATURAN-PERATURAN PERLU PEMBERSIHAN SETINGGAN

 

Pada hari ini dalam tahun 1969, Majlis Gerakan Negara MAGERAN, telah mengeluarkan Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan) 1969, bagi Negeri Selangor. Peraturan tersebut ditandatangani oleh Pengarah MAGERAN, Tun Abdul Razak bin Hussein. Antara kandungan dalam peraturan tersebut ialah memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan dan tuan-tuan tanah persendirian, masuk ke tanah yang diduduki oleh setinggan. Mereka juga diberi kuasa, mengusir serta meruntuhkan pondok setinggan-setinggan tersebut setelah memberi notis selama 7 hari.

Setinggan-setinggan pula dibenar menuntut harta yang dirampas dalam masa 2 minggu. Bagaimanapun mereka hendaklah membayar belanja pengangkutan dan penyimpanan harta yang dirampas itu. MAGERAN juga telah memerintahkan supaya ditubuhkan Tabung Pemulihan Dan Perumahan Setinggan. Kutipan dari tabung itu digunakan untuk membayar ganti rugi kepada setinggan yang diusir. Setinggan yang terlibat akan dibayar ganti rugi tidak lebih dari $5 ribu seorang. Dengan adanya Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan) 1969 yang dikeluarkan pada hari ini dalam tahun 1969, memudahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang wajar terhadap setinggan yang dibangunkan di atas tanah milik kerajaan.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

50 TAHUN TRAGEDI 13 MEI 1969


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...