Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 11 October 2022

10 OKTOBER 1972 RUNDINGAN PERKHIDMATAN UDARA MALAYSIA & KOREA

Pada hari ini 10.10.1972, suatu rundingan perkhidmatan udara antara Malaysia dan Korea telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Perhubungan, Y.B. Tan Sri Sardon bin Jubir di Kuala Lumpur. Dalam satu pertemuan dengan pemberita-pemberita selepas upacara perasmian tersebut Tan Sri Sardon Jubir memberitahu bahawa Malaysia mungkin menggunakan 'nosing system' kepada kapal terbang-kapal terbang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang untuk kemudahan para penumpang. 

Dengan adanya kemudahan-kemudahan seumpama ini diharapkan negara kita seiring dengan negara maju dalam perkhidmatan penerbangan. Menurut beliau lagi kerja-kerja penambahan dan pembaharuan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Subang akan dijalankan segera sebaik sahaja syor-syor Suruhanjaya Perunding dari Kanada mengenainya diluluskan oleh Kerajaan. Untuk tujuan tersebut kerajaan dijangka memohon pinjaman dari Bank Pembangunan Asia. Selain dari itu Tan Sri Sardon juga memberitahu bahawa banyak lagi tambahan-tambahan dan pembaharuan-pembaharuan yang perlu dibuat di lapangan terbang untuk membolehkannya menerima semua jenis kapal terbang terutamanya kapal terbang-kapal terbang 'jumbo' yang besar.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid02WcaQUYy5yRoNnN8yReJW6RWTRyfa88oKsLfQeq6mhpXXFsDcRZaE365hcxX2t2ijl/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

06 OKTOBER 1964 RUNDINGAN PERJANJIAN UDARA MALAYSIA & NEW ZEALAND

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/10/06-oktober-1964-rundingan-perjanjian.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...