Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 12 October 2022

11 OKTOBER 1970 PELANCARAN PERBADANAN KEMAJUAN JENGKA DI KUANTAN

Pada hari ini dalam tahun 1970, Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak Hussein telah melancarkan Perbadanan Kemajuan Jengka di Bilik Gerakan Negeri di Wisma Sri Pahang, Kuantan. Antara yang turut serta dalam upacara pelancaran ini ialah Menteri Penerangan dan Kebudayaan, Dato’ Hamzah Dato Abu Samah, Menteri dengan Tugas-Tugas Khas, Tan Sri Ghazali Shafie dan Menteri Besar Pahang, Tan Sri Hj. Yahya bin Mohd Sah. Penubuhan perbadanan ini bertujuan untuk mempercepatkan proses pembukaan Tanah Jengka seluas 160,000 ekar dan menyelaras semua kegiatan pembangunannya.

Perbadanan Kemajuan Jengka ini dipertanggungjawabkan merancang, melaksana dan mengawasi kerja-kerja pembangunan Rancangan Pembukaan Tanah di Jengka yang dikelolakan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP). Perbadanan ini juga diberi kuasa undang-undang yang luas untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Pelancaran Perbadanan Kemajuan Jengka ini adalah satu detik bersejarah bagi pembangunan negara kerana buat julung kalinya Lembaga seperti ini mendapat kerjasama di antara kerajaan pusat dan negeri.

#arkibnegara #hariinidalamsejarah 


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

06 OKTOBER 1969 PERATURAN-PERATURAN PERLU PEMBERSIHAN SETINGGAN


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...