Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 14 October 2022

14 OKTOBER 2000 PERASMIAN BANGUNAN KOMPLEKS MAHKAMAH DI SHAH ALAM

Pada hari ini dalam tahun 2000, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Al-marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj telah merasmikan bangunan kompleks mahkamah baru di Shah Alam Selangor. Bangunan kompleks berkenaan menempatkan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah di bawah satu bumbung. Selain itu juga bangunan yang sama ini turut menempatkan enam Mahkamah Tinggi, empat Mahkamah Sesyen dan enam Mahkamah Majistret.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah; Pemangku Raja Selangor, Tengku Idris Shah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Rais Yatim; Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoffe Chin dan Menteri Besar Selangor, Datuk Dr Mohamad Khir Toyo. Melalui pembinaan bangunan ini baginda Tuanku bertitah supaya segala urusan kes rakyat Selangor khususnya akan dapat dilaksanakan dengan segera dan berkesan. Ini amat penting demi kemakmuran dan kemjuan negeri Selangor dan rakyatnya.

Kos keseluruhan pembinaan bangunan ini menelan belanja RM 34 juta dimana 82% kos itu akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan manakala bakinya pula akan dijelaskan oleh kerajaan Negeri Selangor. Pada hari ini kompleks Mahkamah yang dibina ini benar-benar berjaya mencapai matlamatnya membawa kemakmuran kepada Negeri Selangor seperti yang dititahkan oleh baginda Tuanku.

#arkibnegara


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

TANJUNG TUAN JAJAHAN SUNGEI UJONG



23 SEPTEMBER 1999 ISTIADAT PERTABALAN SULTAN SELANGOR SEBAGAI YDPA KE 11


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...