Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 23 October 2022

22 OKTOBER 1958 PEMBUKAAN SECARA RASMI BANGUNAN PERSEKUTUAN

 

Pada hari ini dalam tahun 1958, Bangunan Persekutuan yang terletak di Petaling Jaya telah dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Bangunan ini dibina pada tahun 1957 dan pembinaan bangunan ini dikendalikan oleh Kementerian Kerja Raya, Pos dan Telekom. Bangunan setinggi enam tingkat itu dilengkapi dengan alat-alat moden bagi menempatkan pejabat-pejabat kerajaan.

Perdana Menteri, semasa berucap merasmikan bangunan ini menjelaskan, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan yang sempurna kepada kakitangannya. Di antara jabatan-jabatan kerajaan yang pernah menduduki bangunan tersebut ialah Arkib Negara Malaysia, Jabatan Telekom dan Bank Simpanan Nasional. Sehingga kini, Bangunan Persekutuan ini masih menjalankan fungsinya dan digunapakai oleh jabatan-jabatan kerajaan.

#hariinidalmasejarah #arkibnegara


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

05 OKTOBER 1957 MAJLIS KERJA TERTINGGI PERIKATAN TANAH MELAYU


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...