Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Saturday 29 October 2022

29 OKTOBER 1955 KAWASAN PUTIH BAGI DAERAH BENTONG & RAUB DI PAHANG

Pada hari ini 29.10.1955, daerah Bentong dan Raub di Pahang telah diisytiharkan sebagai kawasan putih. Oleh itu, seluruh negeri Pahang, kecuali Mentakab dan Temerluh telah berjaya diiktiraf sebagai 'kawasan putih'. Pengisytiharan Daerah Bentong dan Raub sebagai kawasan putih menjadi bukti bagaimana ancaman komunis boleh dihapuskan dengan kerjasama penduduk setempat. Ini kerana kawasan berkenaan merupakan kawasan yang paling teruk menghadapi ancaman komunis.

Dalam usaha untuk menghapuskan gerakan komunis di kawasan tersebut, beberapa gerakan telah diadakan yang bertujuan untuk menyekat bekalan makanan dan bagi memutuskan perhubungan pengganas komunis dengan penduduk kampung. Selain itu, langkah mengadakan kempen penerangan dari rumah ke rumah juga turut dijalankan. Semasa kempen tersebut, orang-orang kampung telah diberi penerangan mengenai tujuan dan gerakan menentang komunis. Malah langkah membawa penoreh-penoreh getah ke Bilik Gerakan yang bertempat di Ibu Pejabat Polis serta diberi penerangan mengenai kedudukan sebenar dan langkah-langkah yang sedang diambil oleh kerajaan, turut membantu usaha memerangi komunis di Tanah Melayu.

Dengan bantuan dan kerjasama penduduk yang pada mulanya menentang gerakan tersebut, akhirnya gerakan itu berjaya memaksa pengganas-pengganas menyerah diri. Dengan pengisytiharan kawasan putih di sebahagian besar negeri Pahang pada hari ini dalam tahun 1955, ianya berjaya memberi semangat baru kepada penduduk negeri Pahang bagi mengembalikan keamanan dan kesejahteraan rakyat di Pahang.

#Darurat #KawasanPutih


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

03 SEPTEMBER 1953 KAWASAN PUTIH YANG PERTAMA DI TANAH MELAYU


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...