Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 29 October 2022

29 OKTOBER 1984 PERASMIAN PEMBUKAAN BANGUNAN PEJABAT POS BESAR KUALA LUMPUR

 

Pada hari ini 29.10.1984, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merasmikan pembukaan bangunan Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur yang juga menempatkan Ibu Pejabat Pos Malaysia. Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur ini telah siap dibina dengan kos keseluruhannya sebanyak RM 55.5 juta dan terletak dalam kawasan Kompleks Dayabumi, di atas sebidang tanah seluas 8, 496 meter persegi. Bangunan sepuluh tingkat ini mempunyai keluasan ruang rantai 44.519 meter persegi. Pejabat Pos Besar ditempatkan di enam tingkat pertama sementara Ibu Pejabat Pos pula ditempatkan di tiga tingkat teratas. Sebagai salah sebuah bangunan pos yang termoden di Asia Tenggara, bangunan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Di antaranya ialah peralatan konveyor rantai bagi mengangkut karung-karung mel, sistem bekas angkut surat, mesin mencuci karung dan lain-lain mesin sampingan di bawah Sistem Mekanisasi Pos yang berharga RM 8 juta. Ia juga dilengkapi dengan penggunaan sistem televisyen litar tutup bagi mengawasi keselamatan dalam bangunan, 93 kaunter untuk pelbagai perkhidmatan pos, pengawalan pusat sistem hawa dingin dan keselamatan galeri setem dan kemudahan-kemudahan asas seperti bilik sembahyang dan dua buah restoran. Perdana Menteri di dalam upacara perasmiannya menegaskan betapa perlunya pemodenan di dalam perkhidmatan pos dengan mengambil kesempatan daripada kemajuan terkini dalam teknologi pos termasuk penggunaan komputer.

Beliau juga menekankan pentingnya unsur-unsur kemanusiaan di dalam perkhidmatan pos seperti layanan mesra kakitangannya terutama di bahagian kaunter sesuai dengan slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Sempena majlis ini juga Perdana Menteri melancarkan setem pos kenang-kenangan yang dijual dengan harga 15 sen, 20 sen, RM 1.00. Turut hadir di majlis ini ialah Menteri Telekom dan Pos, Datuk Leo Moggie dan Ketua Pengarah Pos Malaysia, Encik Rajasingham.

#PosMalaysia #hariinidalamsejarah

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid0s7zf5SQ2b6DdZxDAb5hJ1AqohxxNkXku29v9PFut56oqKpkNFxDWgYPcEzFVo6hhl/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

29 OKTOBER 1983 PERJANJIAN SEMPADAN SABAH & SARAWAK

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/10/29-oktober-1983-perjanjian-sempadan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...