Pada hari ini dalam tahun 1819, Gabenor Melaka, John Samuel Timmermann Thyssen telah mengisytiharkan undang-undang mengharamkan pengambilan hamba abdi. Pengisytiharan ini menetapkan sesiapa yang didapati melanggar undang-undang ini akan dikenakan denda sebanyak 100 ‘guilders’ dan dipenjara selama enam bulan. Selain itu, ibu bapa yang didapati bersalah kerana membenarkan anak mereka dijadikan hamba, juga akan dikenakan hukuman penjara tidak lebih dari setahun.
Sebelum undang-undang itu diisytiharkan, urusan membawa masuk hamba dari Borneo dan Siak dijalankan oleh pemerintah Inggeris. Amalan ini berterusan sehinggalah Belanda menakluki Melaka. Amalan itu mula disedari oleh pemerintah Belanda ketika urusan mengutip cukai dijalankan. Menyedari keadaan ini Belanda telah membuat keputusan untuk mengharamkan amalan mengambil hamba abdi. Dengan pengisytiharan pengharaman ini, kegiatan mengimport hamba abdi telah diberhentikan.
Pautan artikel yang lain :-
No comments:
Post a Comment