Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 4 November 2022

03 NOVEMBER 1943 ISTIADAT PERTABALAN SULTAN SELANGOR YANG KE 7


Pada hari ini dalam tahun 1943, di dalam satu upacara yang penuh istiadat dan diiringi oleh paluan nobat, DYMM Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah telah ditabalkan dengan rasminya sebagai Sultan Selangor yang Ke-7 oleh Gabenor Selangor, Leftenan-Genaral Shotaro Katayama.

Istiadat pertabalan yang gilang-gemilang ini telah dijalankan di Balai Rong Istiadat Mahkota, Kelang. Istiadat ini telah dihadiri oleh beratus orang jemputan khas termasuk wakil-wakil Sultan Perak dan Kedah, wakil Yang di-Pertua Negeri Sembilan, Pegawai-pegawai Tertinggi tentera Jepun dan wakil-wakil kaum. Istiadat bermula pada pukul 11 pagi dengan keberangkatan DYMM Sultan Musa Ghiatuddin dan Raja Permaisuri ke atas ‘Panca Persada’ setinggi tujuh tingkat bagi menjalankan istiadat menepung tawar dan ‘bersiram tabal’.

Selepas menukar pakaian dengan jubah kerajaan baginda dan permaisuri berkenan untuk menerima mengadap para tetamu yang hadir. Gabenor Selangor, Leftenan-General Shotaro Katayama telah tiba pada pukul 5 petang dan disambut oleh Yang Tuan Muda dan kerabat-kerabat diraja yang lain. Leftenan-General Shotaro Katayama seterusnya telah menabalkan dan memahkotakan Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah dan Raja Permaisuri.

Pertabalan DYMM Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah pada hari ini dalam tahun 1943, merupakan pengesahan pihak Jepun terhadap kedudukan baginda sebagai Sultan Selangor yang baru, bagi menggantikan kekandanya Sultan Hishamuddin Alam Shah yang telah disingkirkan oleh pemerintah tentera Jepun.



Pautan artikel lain yang berkaitan :-

20 SEPTEMBER 1985 PERASMIAN PAMERAN SEJARAH JUBLI PERAK SULTAN SELANGOR


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...