Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 8 November 2022

07 NOVEMBER 2000 PERJANJIAN MENJADIKAN PUTRAJAYA SEBAGAI WILAYAH PERSEKUTUAN

 

Pada tahun 2000, Kerajaan negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan telah menandatangani perjanjian yang menjadikan Putrajaya sebagai sebuah Wilayah Persekutuan. Melalui perjanjian ini kawasan seluas 4,931 hektar yang sebelumnya adalah milik kerajaan negeri Selangor akan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan sebagai pusat pentadbiran baru.

Surat perjanjian ditandatangani oleh Pemangku Raja Selangor Raja Sharafuddin Idris Shah Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj manakala pihak Kerajaan Persekutuan pula diwakili oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj.

Majlis bersejarah ini juga turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Menteri Besar Selangor, Datuk Dr Mohamad Khir Toyo sebagai saksi perjanjian yang dilaksanakan di Balai Rongseri Istana Negara. Perjanjian pada hari ini dalam tahun 2000 telah wujud secara rasmi sebuah wilayah sebagai pusat pentadbiran baru negara bagi mempercepatkan pembangunan negara.

#PUTRAJAYA #hariinidalamsejarah


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

13 OKTOBER 2003 PENGHARGAAN SEBAGAI ARKITEK PUTRAJAYA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...