Pada hari ini dalam tahun 1981, Persidangan Perwakilan Kesatuan Penghulu/ Penggawa Semenanjung telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur. Dalam ucapannya, Perdana Menteri menegaskan Penghulu dan Penggawa perlu memainkan peranan sebagai tenaga penggerak masyarakat di bawah pimpinan mereka bagi menjayakan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan.
Mereka juga perlu melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat setempat bagi mengeratkan lagi perpaduan masyarakat berbilang kaum di peringkat Mukim. Perdana Menteri juga berharap Penghulu dan Penggawa menjadi mata dan telinga Kerajaan terhadap kehadiran golongan yang cuba mengganggu gugat keamanan kampung-kampung. Menerusi persidangan ini bukan sahaja dapat mengeratkan lagi perhubungan di antara Penghulu dan Penggawa malah dapat mengenalpasti permasalahan serta menyelaras pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan untuk manfaat bersama.
#hariinidalamsejarah
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
04 NOVEMBER 1998 PELANCARAN PEPIJAT ALAF (Y2K)
https://normanhafizi.blogspot.com/2022/11/04-november-1998-pelancaran-pepijat.html
No comments:
Post a Comment