Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 11 November 2022

11 NOVEMBER 1994 PERASMIAN MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

Pada hari ini dalam tahun 1994, Memorial Tunku Abdul Rahman Putra dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad,  Perdana Menteri di Kuala Lumpur. Memorial ini merupakan hasrat Almarhum  Tunku yang ingin melihat rumah kediaman rasmi beliau semasa menjadi  Perdana Menteri, dijadikan sebuah ‘perhiasan negara’. Memorial ini  ditubuhkan sebagai mengenang jasa dan sumbangan Almarhum Tunku  kepada agama, bangsa dan negara.


Memorial yang bernilai RM30 juta dan  terletak di atas tanah berkeluasan 5 hektar ini, mempamerkan bahan-bahan  mengenai Almarhum Tunku bermula era kelahiran, kehidupan harian, pejuang kemerdekaan serta aktiviti beliau dalam dan di luar negara. Memorial  ini merupakan satu lagi mercu tanda bersejarah dan sebagai rujukan kepada generasi masa kini mempelajari dengan lebih mendalam liku-liku perjuangan  Bapa Kemerdekaan ini.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

16 OKTOBER 1965 PERASMIAN JAMBATAN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...