Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 11 November 2022

11 NOVEMBER 1955 PENUBUHAN PARTI RAKYAT MALAYA

 

Pada hari ini dalam tahun 1955, Parti Rakyat Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur dan diasaskan oleh Ahmad Boestamam. Parti Rakyat ditubuhkan dengan tujuan untuk menentang segala bentuk penjajahan di samping memperjuangkan kemerdekaan tanahair serta mewujudkan Tanah Melayu yang berdaulat bagi menjamin keselamatan dan kemakmuran rakyat. Antara ketetapan parti ini ialah menuntut supaya Tanah Melayu dimerdekakan secepat mungkin dan menyokong agar diadakan rundingan di antara kerajaan dengan Parti Komunis Malaya untuk menamatkan darurat.

Jawatankuasa parti ini terdiri daripada :-
  1. Ahmad Boestamam sebagai Ketua Satu; 
  2. Jaafar Hussin, Ketua Dua; 
  3. Abdul Wahab Majid, Setiausaha Agung; 
  4. Abdul Jalil Abdul Manaf, Setiausaha Dua; 
  5. Yahya Nasim, Bendahari dan 
  6. Penolong Bendahari oleh Melan Abdullah dan Abdul Latif
Meskipun Parti Rakyat Malaya lebih condong ke arah memperjuangkan ideologi sosialisme, namun penubuhannya adalah satu fenomena penting dalam arus kesedaran politik tanahair. Pada tahun 1957, usaha-usaha telah dibuat oleh parti-parti pembangkang termasuk Parti Rakyat, untuk menubuhkan sebuah barisan pembangkang. Keputusannya hanya dua buah parti sahaja yang mahu bergabung iaitu Parti Rakyat Malaya dengan Parti Buruh.

Gabungan kedua-dua parti ini ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 dengan nama Parti Sosialis Rakyat Malaya atau lebih dikenali dengan PSRM.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

16 SEPTEMBER 1951 PENUBUHAN PARTI KEMERDEKAAN MALAYA

Independence Malaya Party (IMP)


17 OKTOBER 1945 PENUBUHAN PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA (PKMM)



22 OKTOBER 1955 PENUBUHAN PERSEKUTUAN KEBANGSAAN MELAYU JOHOR



30 OKTOBER 1957 PERASMIAN PENUBUHAN PARTI PERIKATAN DI TANAH MELAYU


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...