Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 11 November 2022

11 NOVEMBER 2006 PERASMIAN MUZIUM & GALERI TUN ABDUL RAZAK DI UiTM

Pada hari ini dalam tahun 2006, YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak merasmikan Muzium dan Galeri Tun Abdul Razak bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor. Dalam ucapan perasmian, Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa sejarah kewujudan UiTM bermula dengan penubuhan Dewan Latihan RIDA oleh pemimpin negara terdahulu yang melalui cabaran sukar untuk melahirkan institusi tersebut kerana ketika itu masih mengalami kekurangan kemudahan asas termasuk tenaga pengajar.

Bagi mengabadikan jasa mereka ialah dengan mewujudkan sebuah galeri dan muzium yang mengandungi bahan catatan sejarah yang dijadikan pusat rujukan serta penyelidikan. Dengan perasmian Muzium dan Galeri Tun Abdul Razak ini dapat mengenang kembali sejarah penubuhan UiTM yang berjaya melahirkan ramai profesional dalam pelbagai bidang hasil daripada perjuangan pemimpin yang terdahulu yang berfikiran jauh hingga berjaya menjadikan UiTM sebagai sebuah universiti yang cemerlang dan gemilang.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

11 NOVEMBER 1994 PERASMIAN MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...