Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 13 November 2022

12 NOVEMBER 1971 PERASMIAN PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (UDA)

 
Allahyarham Y.A.B. Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein berucap di Majlis Pelancaran Rasmi UDA pada 12 November 1971

Pada hari ini dalam tahun 1971, Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak telah melancarkan dengan rasminya Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) bertempat di Bilik Gerakan Negara Kuala Lumpur. UDA ditubuhkan di bawah Akta Parlimen No.6, tahun 1971 bagi menyelaras pembangunan bandar. Di antara fungsi-fungsi utama UDA ialah :

  1. Memajukan dan melaksanakan projek-projek di kawasan-kawasan pembangunan bandar yang meliputi pembangunan semula, penempatan semula, perumahan awam dan memberi perkhidmatan serta kemudahan-kemudahan masyarakat yang sewajarnya dengan kehidupan moden.
  2. Memajukan dan melaksanakan projek-projek di kawasan-kawasan pembangunan bandar dengan tujuan supaya peluang-peluang dalam lapangan perusahaan dan pedagangan/perumahan dan lain-lain dapat dibahagi-bahagikan antara berbagai kaum.
  3. Mengadakan program tindakan, bagi melaksanakan dasar kerajaan untuk menyusun semula masyarakat melalui pembangunan bandar.

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid02eQHfTu4Gp9bjkMFdoB6qXUYAUxLuHzraKJgiz6K3L2RMNWGm2ws5jrnuyQXq3pGql/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

11 NOVEMBER 2006 PERASMIAN MUZIUM & GALERI TUN ABDUL RAZAK DI UiTM

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/11/11-november-2006-perasmian-muzium.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...