Bandar ini telah dirancang supaya kelihatan menarik dan dinamik dengan menggabungkan konsep tradisi desa dan kemudahan asas moden seperti kedai, gerai di sepanjang jalan, dewan masyarakat, surau, sekolah, tadika dan padang permainan. Kewujudan bandar Muadzam Shah ini, merupakan satu usaha Kerajaan mewujudkan penempatan masyarakat bumiputera yang moden di kawasan bandar, serentak dengan itu membuka peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.Pembangunan Wilayah DARA merupakan usaha-usaha Kerajaan bagi mempercepatkan pembangunan di negara ini.DARA ditubuhkan di bawah Akta 68, Akta Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara 1972 untuk menerajui strategi pembangunan secara bersepadu melalui pendekatan pembukaan hutan belantara berpandukan Pelan Induk yang telah digubalkan oleh Kerajaan.
Penekanan diberikan kepada usaha-usaha untuk mengeksploitasi sumber, penyedian rangkaian perhubungan dan pembangunan pusat-pusat pertumbuhan dan bandar-bandar baru yang lengkap dan moden. Wilayah DARA terletak dalam empat Daerah iaitu Rompin, Pekan, Bera dan Maran.
Pautan artikel menarik yang berkaitan :-
30 OKTOBER 1987 PEMBUKAAN RASMI BANGUNAN WISMA SULTAN AHMAD SHAH
https://normanhafizi.blogspot.com/2022/10/30-oktober-1987-pembukaan-rasmi.html
No comments:
Post a Comment