Pada hari ini dalam tahun 1963, satu persidangan pelajaran yang pertama untuk membincangkan soal-soal dasar pelajaran dan penyelidikan di Malaysia, berlangsung di Kuala Lumpur. Persidangan ini dihadiri oleh institusi-institusi pelajaran dan pendidikan serta guru-guru dari seluruh negara. Di antara kertas kerja yang dibentangkan ialah "Peranan Badan-badan Pelajaran dan Penyelidikan serta Guru-guru bagi Kemajuan Pelajaran dan Pendidikan di Malaysia".
Persidangan ini bersetuju menerima kertas kerja tersebut dan menambah beberapa syor lagi antaranya penubuhan sebuah Majlis Pelajaran dan Pendidikan di peringkat Persekutuan. Majlis tersebut dianggotai oleh badan-badan atau pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan dengan pelajaran dan pendidikan serta tidak berbau politik di samping bertindak sebagai sebuah badan perunding. Rumusan-rumusan dari Persidangan Pelajaran Malaysia ini amat penting untuk menambah baik sistem pelajaran sedia ada dan menghasilkan satu sistem pelajaran kebangsaan dalam usaha menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.
Sumber : Arkib Negara Malaysia
01 DISEMBER 2004 PERASMIAN MENARA INSTITUT AMINUDDIN BAKI DI PAHANG
https://normanhafizi.blogspot.com/2022/12/01-disember-2004-perasmian-menara.html
No comments:
Post a Comment