Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Saturday 24 December 2022

20 DISEMBER 1974 PELANCARAN RANCANGAN BUKU HIJAU


Pada hari ini dalam tahun 1974, Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin Hussein telah melancarkan Rancangan Buku Hijau di Bilik Gerakan, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Menteri-menteri Kabinet dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Dalam ucapannya Yang Amat Berhormat Tun menjelaskan bahawa Rancangan Buku Hijau ini merupakan satu tindakan positif untuk membantu rakyat mengatasi masalah yang dihadapi akibat inflasi.

Rancangan Buku Hijau ini adalah lanjutan daripada Gerakan Pembaharuan yang dilancarkan pada 1972. Rancangan ini menghendaki rakyat mengambil bahagian yang lebih giat dalam sektor ekonomi pertanian. Dalam melaksanakan Rancangan Buku Hijau ini, kerajaan juga memastikan segala jenteranya dapat bergerak dengan teratur dan terancang demi pembangunan rakyat dan negara. Jawatankuasa Kemajuan Kampung sebagai tenaga penggerak, diarah bekerja rapat dengan Jawatankuasa Tindakan Daerah, agensi-agensi lain seperti LPP, RISDA, FAMA dan Jabatan Pertanian. Bagi menentukan rancangan Buku Hijau ini dilaksanakan, sesi lawatan dibuat dari semasa ke semasa oleh setiap Menteri Besar/Ketua Menteri dan Menteri Kerajaan Pusat.

Di peringkat Pusat pula Perdana Menteri bersama-sama dengan Datuk Hussein Onn, Encik Abdul Ghafar Baba dan Tan Sri Ghazali Shafie, bertanggungjawab terus bagi memastikan kejayaan perlaksanaan Rancangan Buku Hijau ini.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

10 DISEMBER 1965 PERSIDANGAN KONGRES KESATUAN SEKERJA MALAYSIA (MTUC)


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...