Pada hari ini dalam tahun 1888, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Muazzam Shah ibni Almarhum Bendahara Sri Maharaja Tun Ali, menandatangani sepucuk surat meminta Inggeris memberi perlindungan ke atas Negeri Pahang. Kekayaan hasil bumi Pahang menarik minat penjajah Inggeris, namun usaha mereka untuk menakluki negeri itu tidak membuahkan hasil sehinggalah pada bulan Februari 1888, berlaku satu pembunuhan ke atas Goh Hui, seorang berbangsa Cina, berhampiran dengan istana di Pekan.
Pihak Inggeris mendakwa mangsa pembunuhan merupakan seorang rakyat Inggeris dan Sultan Ahmad dipertanggungjawabkan ke atas pembunuhannya. Pihak Inggeris menuntut supaya seorang Residen Inggeris dilantik untuk menjaga dan menjamin keselamatan rakyatnya di Pahang. Sultan Ahmad dinasihatkan untuk menerima tuntutan ini bagi mengelakkan berlakunya peperangan dengan pihak Inggeris. Berikutan itu, Sultan Ahmad terpaksa menerima John P. Rodger sebagai Residen Inggeris di negeri Pahang. Dengan perlantikan ini maka bermulalah campur tangan Inggeris di negeri Pahang.
Sumber : Arkib Negara Malaysia
Pautan artikel-artikel menarik yang berkaitan di sini :-
No comments:
Post a Comment